Tuesday, March 10, 2015

the new addition...



CAKKK!!
Hello!
My name is Charlize Elyza. I was born on 22 Jan 2015 at 9.10am.


Baby Charlize on her 1-month check up.

Nah terjawab sudah mengapa blog ini semakin lembap haha... sibuk menjalani pantang (walaupun tidak pun berpantang sangat) haha... melayani anak-anak dan berusaha menggunakan masa pantang ini sebagai persediaan menjadi surirumah yang berwawasan (impian setiap mak kan?)


Wajah damai seorang surirumah...


Charm-Charm?
Kami telah pun mempersiapkan dia untuk menjadi seorang kakak yang berdedikasi hehe... supaya tiada kes kecemburuan yang melampau.. so far she's okay, sangat menyayangi si adik dan selalu mahu bercakap-cakap sama si adik... tapi bikin gerigitan (geram) juga, selalu kasi bangun adik masa adik mau tidur...

Charm2 is no longer the only child, and I am a mother of TWO girls!



Sunday, March 8, 2015

Hujan Di Hati :: Bab 2

Akhirnya....
Saya memilih tajuk Hujan Di Hati... ada sesuatu yang sensitif dan menyentuh tentang tajuk novel ini ... tentunya penuh dengan drama air mata hehehe....

Enjoy your reading...

___________________________


CAHAYA lampu meja yang agak malap menyuluh malap wajah wanita cantik yang nyenyak tidur di sampingnya. Rambut ikal wanita itu diselaknya ke atas menampakkan dahinya yang agak luas, kulitnya yang putih gebu disentuh dengan penuh berahi. Bibir kasarnya akhirnya menguntum senyuman puas.
Siapa yang sanggup menolak godaan dari wanita cantik ini, bahkan hatinya bangga kerana usahanya untuk memikat wanita itu tidak menemui jalan yang sukar, wanita itu sudah tergoda padanya, bahkan wanita itu mudah sahaja dijinaknya, keseluruhan jiwa raga wanita itu kini menjadi miliknya. Bibir kasarnya segera mendarat ke pipi wanita itu, wangian tubuh wanita itu semakin menyempitkan nafasnya, perlahan-lahan bibirnya mendarat dan mengucup penuh asyik bibir wanita itu. Lembut, wangi dan manis, nafsu lelakinya kian memuncak. Wanita yang tersedar dengan tindihan dari lelaki itu segera tersenyum, dia bangga kerana berjaya menundukkan lelaki itu dengan tubuh dan kecantikannya, lelaki segak itu tidak mungkin akan dilepaskan begitu sahaja, perlahan tangannya melingkari pinggang lelaki itu, tidak lama kemudian aksi berahi kembali berlangsung, sesekali suara wanita itu mendesah keenakan, lelaki itu memang terlalu hebat di ranjang.

“YOU dah bagitahu Diana ke?”
Taufik Idham sekadar tersenyum. Dia menyarungkan stokin ke kakinya namun matanya tetap melekap pada susuk tubuh buah hatinya, Aida Yasmeen. Tubuh yang memberikan kepuasan kepadanya sepanjang malam tadi.
“Kenapa you senyum-senyum pula? I serius tau bertanya ni.” Aida Yasmeen memuncungkan mulutnya, wajah yang cantik itu tetap kelihatan jelita walaupun apa jua mimik muka yang dibuatnya.
Selesai memakai stokinnya, Taufik Idham segera bangun dan memeluk pinggang ramping Aida Yasmeen, satu ciuman hinggap di leher wanita itu, wanita itu menggeliat kegelian sambil bibirnya segera menguntum senyum. Bangga sungguh hatinya kerana disayangi oleh lelaki itu, Akan aku berikan apa jua kepadamu wahai sayangku asalkan engkau menjadi milikku yang mutlak, setakat tubuhku tergadai, tidak pernah menjadi masalah besar bagiku, bisik hati Aida Yasmeen.
Aida Yasmeen memusingkan badannya lembut, matanya kini bertentang dengan sepasang mata milik Taufik Idham. Lelaki itu semakin sasa memeluk pinggangnya, bibirnya terus sahaja mendarat ke bibir wanita yang belum sempat memakai lipstik itu, geram sungguh matanya melihat bibir basah itu bergerak-gerak.
“Sayang…” Aida Yasmeen meleraikan kucupan itu perlahan-lahan.
Taufik Idham tidak ingin melepaskan Aida Yasmeen, wanita itu tertawa lembut sambil menolak tubuh Taufik Idham.
“Kenapa sayang?” Taufik Idham masih tidak mahu melepaskan kekasih hatinya itu.
“You tak jawap lagi soalan I…” Aida Yasmeen bersuara dengan manja sekali.
“Pasal Diana?”
Aida Yasmeen mengangguk manja. Matanya sengaja diredupkan.
“Janganlah risau sayang.”
“Mestilah I kena risau.”
“You tak perlu risau, I dah selesaikan semuanya.”
Sinar mata Aida Jasmeen segera mencerlung riang.
“Betul?”
Taufik Idham mengangguk laju.
“Kami akan ke pejabat agama dalam minggu ni.”
“Cepatnya?” Aida Yasmeen berpura-pura terkejut, padahal hatinya bersorak gembira. Padan muka kau Diana.
“Lagi cepat lagi baik kan?”
Aida Yasmeen tersenyum senang, “Kasihan pula Diana kan? Tapi pelik juga kenapa dia setuju saja, dia tak sayang you sangat kot?” Aida Yasmeen menyucuk jarum.
Taufik Idham tersenyum senang sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Bukan mudah untuk dia sayang.”
“Hah?”
Taufik Idham segera menekup mulut comel yang ternganga kecil itu dengan jemari kasarnya. Tersenyum-senyum Aida Yasmeen, bahagia hatinya kerana disayangi oleh lelaki itu.
“Iyalah, kami dah kahwin lima tahun lamanya, sebelum tu dah kenal dalam tiga tahun, tentulah sakit bagi dia.”
“Dia je? You tak sakit ke?” Aida Yasmeen menduga lagi.
Tergelak besar Taufik Idham. Dia sendiri keliru bagaimana dia boleh berubah hati secepat itu. Padahal satu ketika dahulu, dia sendiri tidak dapat melepaskan Diana jauh dari matanya, bayangan wanita itu sentiasa menghantui dia siang dan malam, tapi kini, Taufik Idham menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kenapa sayang?” Aida Yasmeen mula risau.
“I lagi bahagia dengan you sayang.” Taufik Idham bersuara perlahan, tubuh langsing Aida Yasmeen terus digomol dan ditolak ke sudut katil. Arghh! Wanita itu tidak jemu untuk disentuhnya, untuk dicumbui.
Aida Yasmeen menggeliat lagi untuk melepaskan diri.
“Sayang, I ada appointment dengan director jam sepuluh pagi ni, petang nanti kita jumpa juga kan?” Aida Yasmeen berbisik dengan nada menggoda.
“Alah sayang kejap je.”
Aida Yasmeen tersenyum bangga, nampaknya lelaki itu memang menggilainya sepenuh hati, kalau ditinggalkan boleh meroyan lelaki ini, bisik hatinya. Namun ditolak juga tubuh sasa Taufik Idham.
“I tak sabar nak kahwin dengan you.” Taufik Idham bersuara lagi. Aida Yasmeen tersenyum manja. Seribu satu persoalan mula menggasak kotak fikirannya.
“Sabarlah sayang, selesaikan masalah you dengan Diana dulu.” Pujuk Aida Yasmeen.
“I lelaki sayang, I mampu dan boleh berkahwin bila-bila masa.” Taufik Idham telah pun bangun membetulkan kemejanya. Kusust sedikit.
“I tahu you lebih dari mampu, tapi I…”
“Kenapa sayang?”
“I tak nak kahwin pada saat you masih bergelar suami orang.”
“Huh?”
Aida Yasmeen tersenyum manis sekali lagi. Memang lelaki itu tidak akan faham, bidang kerjayanya boleh musnah sekiranya gossip buruk melanda kariernya.
“I kan selebriti sayang, siapa yang ambil I berlakon kalau nama I buruk nanti? Lagipun wartawan sekarang pun dah mula mencium bau perhubungan kita, I tak naklah…”
Taufik Idham tersenyum faham, itu rupanya yang dirisaukan oleh kekasih hatinya itu.
“Sayang, I mampu untuk menyara you, lepas kahwin you tak payahlah berlakon lagi.”
“Apa?” Mata Aida Yasmeen membulat besar.
“I mampu sayang…” Taufik Idham mengulangi ayat yang sama.
“I tak naklah…”
“Kenapa?”
“I nak juga merasa duit gaji sendiri.”
“I bagi you modal, you usahakan perniagaan sendiri.”
“Tapi I minat berlakon sayang,” Aida Yasmeen merengek manja, dia tidak akan berhenti berlakon, dunia glamour yang diceburinya memberikan dia kepuasan, semua orang memuja kebolehannya, berderet pengarah yang melamarnya berlakon di dalam filem mereka, Aida Yasmeen tersenyum bangga.
“Terpulanglah, kalau tak nak berhenti, I nak you kurangkan aktiviti berlakon you.”
“Sayang…”
“Please sayang, I dah patuhi syarat you untuk lepaskan Diana, jadi you pun kena patuh pada syarat I.” Taufik Idham sebenarnya risau bila Aida Yasmeen terlalu ramai peminat. Kalau boleh dia mahu kekasih hatinya yang cantik jelita itu melekat padanya sahaja 24 jam 7 hari seminggu. Tapi dia tahu dia tidak boleh mengawal Aida Yasmeen sampai ke tahap itu. Memang amat mustahil kerana dia tidak mahu Aida Yasmeen merasa terkongkong ketika bersamanya kelak.
“You nak berkira ke dengan I?”
“Tak adalah…”
“Sayang, I tak paksa you lepaskan Diana tau!”
“I tahu, I sendiri lepaskan dia dengan rela hati.”
“I tak mahu you ungkit benda macam ni lagi.” Aida Yasmeen telah merajuk.
“Bukan itu maksud I sayang…” Taufik Idham memeluk kekasih hatinya erat dari arah belakang. Aida Yasmeen menepisnya.
“Sayang kenapa ni?”
“Macam I cakap tadi, I tak nak dijadikan sebab berantakannya rumahtangga you!”
“Tak… tak…” Taufik Idham terus menggelengkan kepalanya. Dia mendekati kekasih hatinya dengan harapan dapat meredakan kemarahan yang menggasak dada wanita itu.
“You selesaikan semuanya dulu, baru kita bincang pasal hal kahwin.”
“Baiklah sayang…” Taufik Idham tersenyum ke arah Aida Yasmeen, berharap agar hati panasnya ada terus sejuk.
Aida Yasmeen masih dengan wajah mencukanya, Taufik Idham segera menarik wanita itu erat di dalam pelukannya.
“I minta maaf sayang, I love you…” ucapnya lembut.
Aida Yasmeen diam membungkam.
“Oh ya, I ada surprise untuk you, tapi sebelum tu, selepas tengahari nanti I akan bank in lima ribu dalam akaun you, you belilah apa-apa benda yang you suka.”
Aida Yasmeen kembali tersenyum ceria.
“Ye ke sayang?” Matanya kembali bersinar. Taufik Idham sekadar tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.
“Terima kasih sayang,” tanpa segan silu, bibir lelaki itu dikucupnya lama, tanpa sebarang rasa berdosa kerana tiada apa-apa ikatan yang sah di antara mereka berdua. Lelaki itu seperti biasa pasti akan hanyut, pinggang wanita itu dirangkulnya erat, fikirannya kembali untuk mendarati tubuh langsing itu, naik turun nafas lelakinya, namun Aida Yasmeen bijak mengemudikan suasana.
“Sayang, I akan sentiasa berusaha memuaskan you, sabar ya.” Aida Yasmeen merenung mata Taufik Idham yang semakin kuyu.
“Malam nanti sayang…” bisik Aida Yasmeen dengan penuh menggoda, meninggalkan Taufik Idham dengan senyuman lemahnya.
Aida Yasmeen memandu laju kereta Audinya di jalan raya, di kepalanya telah mencongak busana dan kasut baru pada petang nanti, seronok sungguh dia kerana berjaya memancing Taufik Idham, dia ada sumber pendapatan lain untuk memenuhi tuntutan nafsunya pada barangan berjenama, selama ini dia asyik bekerja keras, biarlah kali ini dia “berehat” seketika.
Aida Yasmeen tersenyum puas sambil memperbetulkan kedudukan cermin mata hitamnya.

Tuesday, December 30, 2014

good bye 2014, here you come 2015

Hello semua!
I hope you guys are doing great where ever you are, and I wish all of you my dear readers and a warmth welcome of new year 2015, may the comfort is always there for us to embark, 

2014 has been a hectic year for me, to juggle my life as a working mom and a wife, and as an expecting mom too :) My biggest achievement I think is the completion of my first novel ever Isteri Kontrak, although the novel is still under "penilaian", but at last I can breath a hugeeee sigh of relief, and waiting for it to be published is a secondary now, but the baby in my tummy is given priority now. Hehehee....

Have a great holidays!

Love and good tidings to all! Where ever you are...