Thursday, November 14, 2013

ikan masin pelepas tension

Memang tension bila benda yang digodek tidak dijumpai.
Diselang-seli pula dengan perasaan bersalah kepada pengikut siri IK, jadi apa kata mari kita hiburkan hati bersama dengan post mengenai ikan masin.

Tipulah kalau orang Sabah tidak alah bisa tegal biasa dengan ikan masin. Bukan setakat ikan masin, tapi ikan bilis, belacan papar, udang kering, kuih cincin, keropok amplang begitu sinonim dan sering dikaitkan dengan kita yang berasal dari Sabah kan kan kan??

Tiap kali sebelum balik KL atau mana-manalah meninggalkan bumi Sabah, mesti kita terjah dulu tamu atau pasar atau mana-manalah untuk mendapatkan stok bahan semua ni kan? Heheheee... padahal kalau di kampung dulu buat-buat buta, bila time makan siap boleh komplen lagi, "Aik? Ikan masin lagi?" tapi di perantauan pandai pula meleleh air liur kan? Ambik ko.

Walhalnya dengan saya, semua stok ini wajib ada, kalau tidak ada dunia ini terasa amatlah membosankanlah tanpa hala tujuan gitu... (melampau lah kan? haha), tapi pendek kata wajib ada.

Mari kita berkenalan dengan jenis-jenis ikan masin, ini baru ikan masin okey, lain post kita cerita benda lain pulak =D

 Ikan Sulit, mesti ikan jenis ikan ni menemui banyak kesulitan dalam hidup kan? Ini kalau digoreng confirm minyak menjadi hitam dan tidak boleh dikitar semula sudah... Sedap digoreng secara individu, atau kalau rajin dibuat sambal ikan masuk letak bawang cili segala, ohsem!

 Orang kadazan panggil jenis ni Kokoiton, macam ikan masin jeruk tapi bukan jeruk, boleh digoreng atau di-stim bersama bawang, halia dan cili padi. Sesiapa yang bermisikan diet di dalam dunia ini digalakkan untuk tidak memulakan hidangan dengan ikan masin jenis ni...

 Kurang arif lah pasal ikan yang ini, cousin yang kasi dia beli di Kudat, Kudat pun merupakan mercu tanda makanan laut yang famous juga di Sabah.

 Ikan masin basah Tenggiri... yang ini senang di dapati di merata tempat, ikan masing yang paling sesuai untuk juadah kangkung/kailan ikan masin, atau nasi goreng ikan masin.

Ikan kering keropok, yang ni sedap tapi harus dimakan selepas digoreng tapi mesti ditiup-tiup dulu nanti terbakar lidah... sedap memang sedap, rangup dan sila sediakan air sambil makan sebab boleh tercekik hehehe...

 Yummy kan? btw kopi tu adalah kopi Tenom, femes tu kalau di kampung.
Hidangan ini adalah hidangan sarapan pagi orang kampung yang terlempar jauh di shah alam hahaha... tidak ditayangkan ialah nasi panas-panas... sedap wei... kalau sedang makan mak mentua limpas pun nda ko perasan bah, moralitinya, kalau mak mertua ko ada janganlah ko makan ikan masin hahahaaa...

Sedap kan ikan masin? Bagi yang mahu menikmati syurga makanan, jenis-jenis bahan di atas adalah yang paling sesuai sekali. Kamu tidak akan menyesal, percayalah....



No comments:

Post a Comment