Friday, November 22, 2013

Isteri Kontrak :: Bab 14

HALLU!!

Gembirakan sudah hari jumaat, besok cuti yeayyyyy
Hujung minggu ni saya mau masak sayur banyak-banyak dan makan banyak-banyak sayur, motif???
Hehehe... mood kurang siuman!

Bah apalagi...
Happy reading dan selamat berhujung minggu, para ibu sila masak yang sedap-sedap ya...

________________________


“Kenapa kau datang?” 

Rayyan hanya tersenyum sambil melabuhkan punggungnya di kerusi empuk di hadapan Qassif Daniel.

“Dahlah tak bagi salam, sekretari aku kat luar tu, dia tak halang kau masuk ke?” Qassif Daniel ternyata kurang senang dengan kemunculan mendadak Rayyan.

“Sejak bila pula aku masuk kena minta kebenaran dari sekretari kau tu?” Ujar Rayyan sinis. Dia perasan sejak akhir-akhir ini, sepupunya itu agak kurang mesra dengannya. Dia sendiri ada perkara yang masih berbuku dan pelu diselesaikan dengan Qassif Daniel.

Selama ini, hubungan mereka sangat rapat, bukan sahaja sebagai sepupu, tetapi juga sebagai kawan. Mereka berkongsi umur yang sama dan membesar bersama. Qassif Daniel satu-satunya anak lelaki Datuk Mansor dan Datin Zubaidah, dan itu sudah cukup memberi ruang kepada mereka untuk rapat semenjak kecil.

Namun akhir-akhir ini, Qassif Daniel seolah-olah menjauhkan diri darinya. Berita perkahwinan sepupunya dengan Habibah itu menambahkan kebingungan yang telah siap bersarang di kepalanya.

Apa niat Qassif Daniel sebenarnya? Apakah itu semata-mata kerana wasiat datuk mereka? Kalau hanya disebabkan wasiat itu, kenapa Qassif Daniel tidak berkahwin sahaja dengan Sophia Ezara, kenapa dengan Habibah yang langsung tidak pernah dikenalinya? Perkahwinan sepupunya itu tidak dihadirinya kerana dia dan Farrah ke Maldives untuk menikmati percutian bulan madu mereka. Sebenarnya Rayyan berasa serba salah dengan Habibah.

“Aku ada meeting setengah jam dari sekarang,” ujar Qassif Daniel seolah-olah menghalau Rayyan.

“Tak apa kalau kau sibuk sekarang, aku sanggup tunggu,” Rayyan tidak mahu mengalah.

“Aku rasa lain kali saja bro, aku betul-betul sibuk hari ni,” Qassif Daniel tidak jenuh mencari alasan.

Lunch?”

Qassif Daniel menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Aku betul-betul nak cakap dengan kau, pasal Habibah!” Akhirnya Rayyan berterus terang, malas dia mahu berdolak dalik dengan sepupunya itu.

“Okey, but not today!” Balas Qassif Daniel. Jauh di sudut hatinya sebenarnya dia belum bersedia bercakap pasal Habibah dengan Rayyan. 

Rayyan merenung tajam wajah sepupunya, Qassif Daniel membuang pandang ke luar bangunan, dia kemudiannya bangun dan membelakangkan Rayyan, kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

“Okey, kalau betul kau sibuk, aku tak nak kacau,” suara Rayyan kembali mendatar, “Aku akan keluar dan aku harap bila kau dah tenang nanti, aku boleh jumpa kau!”

Rayyan bangun dari kerusinya, “Aku tidak mahu kita bermasam muka pasal perkara ni, kita tetap ada pertalian darah,” ujarnya dan berjalan perlahan menghala ke pintu, Qassif Daniel masih tidak berganjak.

Rayyan memegang tombol pintu, dia teringat sesuatu dan berpaling semula ke arah Qassif Daniel, “Aku benar-benar harap kau tak sia-siakan Habibah,” Rayyan menarik nafas dalam-dalam, “Sebab aku tidak mahu kau rasa apa yang aku rasa pada saat ini!”

Daun pintu telah ditutup semuala, Rayyan telah tiada, Qassif Daniel berpaling dan melepaskan satu keluhan berat. Pepatah ada menyatakan, jangan bermain dengan api, kelak membakar diri, rancangannya benar-benar menjerat dirinya sendiri.


*****

Fiza,

Aku benar-benar keliru sekarang, perlukah aku terus sabar menanti atau terus melangkah dan menggangap semua ini hanya mimpi. Aku benar-benar keliru.

Apabila aku perlukan dia, dia akan menjauh, teramat jauh dari aku, tapi apabila aku kuatkan hati untuk tidak menjeruk rasa, dia akan datang dekat dan membelai hati aku, itu memberi aku harapan, tapi aku tahu harapan itu akan tetap bernama harapan.

Aku tak sabar untuk kau balik ke Malaysia, aku perlukan kau…

Bibah


*****

Rayyan memang tidak berpuas hati, ketika ibunya memberi khabar tentang pernikahan mengejut Qassif Daniel, disangkanya sepupunya itu saja memberi kejutan biasa untuk menikahi Sophia Ezara yang bersamanya sejak di bangku sekolah, namun telahannya salah apabila ibunya memberitahu bukan dengan Sophia Ezara, tetapi dengan seorang anak yatim piatu. Pertemuannya dengan Habibah di majlis ulang tahun perkahwinan orang tua Qassif Daniel cukup membuatkan dunianya bergegar, tanah yang dipijaknya pada ketika itu seolah-olah terbelah.

Dia tahu, Qassif Daniel ada rancangannya yang tersendiri dan rancangan itu tentu ada kaitannya dengan perwarisan perniagaan yang diwasiatkan oleh datuk mereka. Perniagaan akan diwarisi oleh anak lelaki pertama setiap generasi. Generasi mereka merupakan generasi yang kedua, dan anak lelaki pertama yang dilahirkan ialah Qassif Daniel. Tapi andainya itulah sebab dia menikahi Habibah, Qassif Daniel memang tidak berhati perut dan Habibah tidak patut menjadi mangsa, Habibah seorang jujur dan telus, tentu mudah dipermainkan dengan begitu sahaja.

Rayyan merupakan sepupu yang paling rapat dengan Qassif Daniel, mereka akrab semenjak kecil dan dengan itu, Rayyan kenal sangat dengan Qassif Daniel, dia juga tahu akan hubungan Qassif Daniel dengan Sophia Ezara.

Dan, dia juga tahu bagaimana Qassif Daniel boleh mengenali Habibah, melalui Rayyan! Meskipun tidak pernah bersemuka dengan wanita itu, Rayyan banyak bercerita tentang Habibah kepada Qassif Daniel, Habibah yang satu ketika dahulu amat rapat dengannya, Habibah yang banyak berkongsi dengannya, Habibah yang menjadikan dia sebagai idola, Habibah yang banyak dibimbingnya kerana dia mahukan wanita itu cemerlang di dalam penggajiannya, dia mahukan Habibah mengecapi kejayaan dan keluar dari kepompong kehidupan silamnya, Rayyan mahu Habibah berjaya, namun dia sedar akhirnya dia sendiri yang menghancurkan hati wanita itu, menghampakan Habibah. Dia benar-benar berharap yang dia membina kehidupan bahagia bersama Farrah, namun kuasa Tuhan memang hebat, takdir telah menemukan dia dengan Habibah, dia masih berhutang dengan wanita itu, dan dia perlu melunaskan hutangnya, bukan itu sahaja, dia perlu menyelamatkan sepasang hati murni itu dari terus pecah, dia perlu menyelamatkan Habibah dari Qassif Daniel.


*****

Qassif Daniel menolak daun pintu dengan kasar.

“Habibah!” Jeritnya lantang, ditunggunya seketika namun wajah yang dicari-cari tidak kunjung tiba. Darah Qassif Daniel mula menyirap naik.

“Habibah!” Jeritnya kali kedua, langkah dihayun laju ke bilik tidur utama, namun bayang isterinya juga tidak ada di sana. Qassif Daniel bertambah bengang, pelbagai gambaran negatif mula timbul di kepalanya, hari itu memang bukan hari yang baik untuknya.

Dia mencapai telefon bimbitnya, cuba mencari-cari nama Habibah, namun dia sendiri tidak mengingati nama itu sama ada tersenarai di dalam senarai yang terkandung di dalam telefon bimbitnya. Selama ini aku tidak pernah ingin tahu nombor telefonnya, arghh! Qassif Daniel menghempaskan diri ke sofa merah hati. Fikirannya benar-benar bercelaru.

Tiba-tiba dia teringatkan seseorang, telefon bimbit dicapai lagi dan mencari-cari nama Maya, iya, Maya pasti tahu! Ketika punat bewarna hijau hendak ditekan, terdengar suara orang memberi salam di muka pintu, dan dia kenal benar dengan suara itu!

“Kau ke mana hah?”

Tersentak Habibah. Di kiri kanan tangannya memegang dua plastik yang penuh sarat dengan barang-barang keperluan dapur.

“Aku tanya kau, kau pekak ke?” Kasar sekali suara suaminya. Habibah merasa takut. Tidak pernah Qassif Daniel berperangai sedemikian.

“Hei!” Tubuh kurus Habibah digoncang-goncangkan dengan keras. Qassif Daniel memang berkelakuan seperti orang kurang siuman, tiada kemesraan terpancar diwajahnya. 

“Saya… saya ke AEON, beli barang dapur,” lembut sahaja tutur di bibirnya Habibah, Qassif Daniel segera melepaskan bahu Habibah dan berjalan mundar mandir.

“Kau pergi dengan siapa?” Ternyata Qassif Daniel masih belum selesai.

“Seorang.”

“Siapa ambil kau?”

“Saya pergi balik dengan teksi.”

“Teksi?” Qassif Daniel tersenyum sinis.

Habibah sekadar menggangukkan kepala. Hatinya berasa kurang senang.

“Kan aku dah bagi kau driver? Kenapa kau tak panggil driver tu kalau kau nak kemana-mana?” Suara Qassif Daniel masih tinggi.

“Awak, awak jangan salah sangka, saya cuma tak mahu menyusahkan orang,” Habibah cuba mempertahankan dirinya.

“Dengar sini hei perempuan, aku dah bagi kau kemudahan, kau gunakan saja okey, kau jangan nak mengada-gada sangat, kau ingat kau tu baik sangat ke?” Herdik Qassif Daniel lagi.

Habibah menyedut nafas dalam-dalam. Qassif Daniel memang melampau!

“Dengar tak?”

“Awak…” Habibah mengambil nafasnya perlahan.

“Awak, saya tahu dan saya sedar siapa diri saya, saya memang bukan perempuan yang terbaik untuk awak,” Habibah mengurut dadanya, “Tapi saya tak biasa dengan kemewahan hidup dan saya tak perlukan driver sama sekali, saya boleh bawa diri sendiri.”

Qassif Daniel memandang tepat ke wajah Habibah.

“Lagipun… lagipun semua ini hanya sementara, kan?” Habibah cuba mencari jawaban di wajah Qassif Daniel, “Saya tidak mahukan kebahagiaan yang sementara… Nantilah, bila saya pasti yang kebahagiaan itu saya boleh miliki, saya akan cuba gunakan semua yang sebenarnya hak saya.”

Qassif Daniel terbungkam sendiri, tidak disangka ayat sedemikian akan lahir dari bibir Habibah. Dia tiba-tiba tersedar yang dia sebenarnya yang membina jurang di antara dia dan isterinya, sebenarnya dia yang mahukan keadaan menjadi seperti itu dan tidak pernah bertanyakan pendapat isterinya, dia yang mempergunakan isterinya untuk kepentingan dirinya, dia yang mengikat Habibah dan isterinya itu memang tidak diberi pilihan langsung. Adakah aku adil?

Qassif Daniel mengalihkan pandangan ke luar tingkap, dia kemudiannnya meraup wajahnya dengan kedua-dua tangannya, tanpa disedari Habibah telah berdiri di hadapannya, senyuman lembut wanita itu sedikit sebanyak mencairkan kegundahan yang bersarang di hatinya.

“Awak… walau apa jua masalah awak, tentu awak akan temui jalan penyelesaiannya,” ujar Habibah lembut. Tangan kanan Habibah mengelus lembut rambutnya.

“Rambut awak dah sedikit panjang, kalau dipotong mungkin lebih sesuai dengan lelaki korporat seperti awak,” Qassif Daniel terus membiarkan Habibah berkata-kata.

“Awak, kalau awak susah hati dan marah kerana saya, saya minta maaf ya,” Habibah masih lagi dengan senyumannya. 

Tanpa disangka, kedua tangan Habibah melingkari pinggangnya, kepala Habibah dilentok di dada bidangnya, Qassif Daniel terpana!

Habibah memejamkan matanya sambil memeluk erat pinggang Qassif Daniel, alangkah indahnya kalau saat ini bukan sementara Daniel, aku pasti akan menjadikan engkau suamiku yang paling aku sanjungi, aku tidak boleh menahan perasaan cinta ini, sudahnya aku sendiri yang terseksa. Maafkan aku kerana mencintai engkau di dalam diam, aku tidak terdaya. 

Maafkan aku Habibah, sesungguhnya aku bertuah kerana dipertemukan dengan wanita yang berhati lembut seperti engkau, aku tidak tahu apa nasib ku andainya aku tersalah pilih. Aku minta maaf Bibah!

Qassif Daniel menyilangkan tangannya memeluk bahu Habibah, pelukan Habibah ternyata meredakan bahang kemarahannya yang memuncak sebentar tadi, semuanya gara-gara kemunculan Rayyan di pejabatnya siang tadi.

“Awak, saya rasa baik awak mandi dulu, saya sediakan makan malam okey,” sinaran mata Habibah yang lembut benar-benar menyejukkan hatinya, pelukan dileraikan dan Qassif Daniel berjalan menghayun langkah ke pintu utama unit kondominium itu, Habibah tersentap.

“Awak?”

Qassif Daniel berpaling.

“Awak… awak kan nak mandi?”

Qassif Daniel tersenyum.

“Awak, saya cuma nak  turun kejap, spare clothing ada dalam kereta.”

Habibah tersenyum lega.



[BERSAMBUNG]


Amboi amboi.... potong stimkan? hehehee..
adakah kebahagiaan akan menjengah, atau duka akan menyelit di antara bahagia? sama-sama kita nantikan hehe... tapikan novel IK ni masih panjang lagi perjalanannya....

 




9 comments:

  1. val!!!!! sampai hati....how could u...

    ReplyDelete
  2. Makin menarik... makin tak sabar nak tgu mggu depan... ^_^

    ReplyDelete
  3. Val...cpt...kasi bukukan novel ni..saya mau beli novel ni cpt2x..plzzzz..besttttt sngt..if possible..1 minggu 2 epsi lh bha..bolehhh?...

    ReplyDelete
  4. wa..baru nak feeeeeeelllllll....potong ma..

    ReplyDelete
  5. Adakah Qassif menikahi Bibah sebab wasiat datuknya? Tapi kenapa memilih Bibah, siapa Bibah sebenarnya?

    ReplyDelete
  6. Hahh... mestilah ada kejutan juga, ada harapan, ada kekecewaan :)
    tengah berusaha untuk menyiapkan novel ni... jiwa kacau jiwang karat sekarnag ni =D

    ReplyDelete
  7. whaaw best sgt bah. aku suka gaya penulisan ko, santai aja! pls next chapter asap! cant wait any longer!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Amirah! Welcome to my humble home :) bah rajin2 lagi ko datang ar...

      Delete