Thursday, November 28, 2013

Isteri Kontrak :: Bab 15


Jumaat datang lagi. Bah enjoy your reading =D

_______________________



Sophia Ezara membuka cermin mata hitamnya, wajahnya yang berpeluh diseka dengan tangan, rambut panjangnya yang berombak-ombak besar ditolak ke belakang, lega sikit lehernya. Matanya melilau ganas mencari sesusuk tubuh di dalam restoran itu, lambaian tangan seseorang menggamit pandangannya, Sophia Ezara melepaskan nafas lega. Kerusi di hadapan Rayyan ditarik dan Sophia Ezara memperbetulkan duduknya. 

“Hai Zara, how are you?” Sapa Rayyan mesra, seperti selalu.

I am good dude, how are you?” Balas Sophia Ezara.

I baik-baik saja,” Rayyan memberikan senyumannya pada teman wanita Qassif Daniel itu, “Makan?” Menu dihunjukkan kepada wanita anggun itu. Sophia Ezara sekadar mengangguk sambil tekun memilih menu makan tengaharinya.

So, apa ceritanya ni? Beriya-iya sangat nak jumpa I?” Sophia Ezara memang macam begitu, dia akan terus mengajukan soalan yang bermain di mindanya, wanita itu tidak suka membuang masa dengan bermadah pujangga, dia seorang wanita yang sangat vokal. Pelayan yang baru mengambil menu pilihan mereka baru saja berlalu.

“Minumlah dulu,” ujar Rayyan. 

Sophia Ezara meneguk dengan cermat air kosong di hadapannya. Dia memang bukan seorang yang gopoh, meskipun dahaga setelah hampir setengah hari bermesyuarat dan dia tidak meneguk setitis air pun, dia masih boleh mengawal tingkahnya. Sesuai sangat engkau dengan Qassif Daniel, bisik hati Rayyan.

“Macam mana business?” Rayyan yang teragak-agak untuk bertanya cuba untuk mengalihkan soalannya. 

Business is okey, slightly busy lately,” ujar Sophia Ezara sambil tersenyum manis. Dalam diam Rayyan mengakui kejelitaan wanita di hadapannya, ditambah pula dengan latar belakang kerjayanya, memberikan wanita itu satu kedudukan yang sukar untuk digugat. Mindanya terbayangkan wajah Habibah, mampukah Habibah menyaingi Sophia Ezara?

“Rayyan?” Tangan Sophia Ezara dilayang-layangkan di hadapan Rayyan, Rayyan tersedar dari lamunannya.

So?”

“Erm… macam ni…” Rayyan cuba mencari mukadimah yang paling sesuai, namun otaknya seolah-olah berhenti berfikir.

“Dr. Rayyan Sulaiman?” Sophia Ezara terus mendesak dalam nada lembut.

Rayyan ketawa kecil, tidak dinafikan dia bakal menyandang gelaran Doktor tidak lama lagi, penggajiannya di peringkat PhD telah hampir tamat. Buat masa ini, Rayyan telah pun bergelar seorang pensyarah ekonomi, jawatan yang didambakan semenjak dari bangku sekolah, dia suka mengajar, dan dia tidak pernah terfikir untuk bergelumang di dalam dunia korporat, aku bukan seperti Qassif Daniel, bisik hatinya. 

“Sebenarnya I ada perkara nak bincang dan nak tanyakan you,” ujar Rayyan akhirnya. Dia rasa malas hendak berteka-teki lagi dengan Sophia Ezara. 

Sophia Ezara memasang telinga dengan penuh minat. 

“Pasal you dengan Daniel…” Rayyan terdiam sebentar, “Ada apa-apa dah berlaku ke di antara you dan Daniel?”

Sophia Ezara sekadar menggeleng. Pelayan datang menghantar minuman yang dipesan oleh mereka. Sophia Ezara memberikan senyumannya kepada pelayan itu. Apabila pelayan itu berlalu, Sophia Ezara kembali memandang wajah Rayyan dengan penuh minat.

“Kalau tak ada apa-apa yang berlaku, kenapa you benarkan Daniel mengahwini Habibah?” Nada suara Rayyan memang menggambarkan dia tidak puas hati, Sophia Ezara tampak begitu tenang dengan situasi yang membelenggu sekarang.

“Masing-masing kami ada tanggungjawab Rayyan, biarlah dia selesaikan masalah dia dulu,” jawaban acuh tak acuh Sophia Ezara tidak memberikan kepuasan kepada persoalan yang menusuk bertubi-tubi di dalam kepala Rayyan.

“Apa sebenarnya niat Daniel?” Rayyan bertanya dengan serius.

Sophia Ezara memandang tepat ke wajah Rayyan, lelaki itu ternyata ingin mengetahui sebabnya dengan bersungguh-sungguh, tapi kenapa?

“Kenapa you tak tanya saja pada Daniel?”

“Dia mengelak…” ujar Rayyan dengan nada kecewa.

Sophia Ezara tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Bukankah kamu sangat rapat? Takkan dia tak bagitahu sebab dia?”

“Itu yang I sendiri tak faham!”

Si pelayan muncul semula dan meletakkan pesanan makanan mereka dengan tertib di atas meja. Rayyan sekadar memesan fish and chips manakala Sophia Ezara memesan chicken sandwich dengan garden salad. Rayyan amat maklum dengan Sophia Ezara yang gemar berdiet untuk menjaga kelangsingan badannya, Sophia Ezara seorang yang sangat takutkan nasi, dia lebih gemar mengambil makanan yang berkarbohidrat rendah, jauh bezanya dengan Habibah yang tekaknya mesti ada nasi dalam sehari, walaupun sedikit namun Habibah memang cenderung kepada menu nasi berlauk.
Rayyan menepuk kepalanya sendiri, asyik-asyik Habibah!

You ni kenapa?” Sophia Ezara merasa pelik dengan Rayyan yang tiba-tiba menepuk-nepuk kepalanya. Rayyan hanya tersengih.

Mereka mengunyah hidangan tengahari dengan perlahan-lahan sambil berborak ringan. Rayyan ingin melupakan seketika hal berkaitan dengan Habibah sehingga mereka selesai makan tengahari.
So, bagaimana hubungan you dengan Daniel?”

“Macam biasa, tak ada apa-apa masalah walaupun dia dah berkahwin.” Sophia Ezara mengelap mulutnya dengan napkin yang memang disediakan dan meletakkannya di atas meja.

“You tak jealous ke dia dah kahwin?”

“Nak jealous buat apa? Bukannya dia ada perasaan pun dengan perempuan tu!”

Do you think so?

Sophia Ezara sekadar mengangguk penuh yakin.

“Kenapa you tak kahwin saja dengan Daniel?”

Me?

Giliran Rayyan pula mengangguk kepala laju.

I cuma belum bersedia.” Rayyan terkedu dengan jawaban Sophia Ezara.

Do you have plan to marry him?”

Yes, sooner or later kena kahwin juga kan?” Sophia Ezara tertawa kecil ketika selesai menuturkan kata-katanya.

“Dia gunakan Habibah? Am I right Zara?” Sophia Ezara agak tersentak dengan soalan Rayyan.

“Rayyan, lebih baik you just go and settle it with him, I don’t want to get involved in any of your family’s conflicts!”

Rayyan tediam seketika, tiada gunanya untuk terus memaksa Sophia Ezara, wanita itu bukan senang untuk dibawa berunding.

Just for you info, kami tak ada masalah and we are still together, I don’t give a damn to that woman Habibah, Daniel is still my boyfriend and one fine day, he is going to marry me.” 

Rayyan tersentak dengan kenyataan Sophia Ezara.

“Habibah?” Nama itu terpacul jua di mulut Rayyan.

“Rayyan, she is nothing and just… nothing!”

Rayyan terkedu. 



*****

Qassif Daniel tersandar kekenyangan. 

Amat jarang dia mengambil makanan berat di waktu malam kerana Sophia Ezara telah melatihnya mengambil makanan malam yang berkalori rendah demi menjaga badan. Namun malam itu, dia benar-benar tidak dapat menahan selera dengan masakan ala kampung Habibah. Pada mulanya memang dia agak ralat dengan ikan kembung goreng berlada hasil air tangan Habibah, namun Habibah pandai memujuknya, bahkan isterinya yang baik hati itu menyuapkan makanan ke mulutnya, suapan pertama ditelan dengan payah, namun sebaik sahaja suapan itu menerjah tekaknya, perutnya seakan-akan menjerit inginkan suapan demi suapan. Peliknya, suapan dari tangan Habibah ternyata lebih manis dan tanpa disedari, nasinya bertambah. Qassif Daniel tersenyum senang, dia teringat siri drama-drama melayu yang sering ditonton oleh Datin Zubaidah, begitu rupanya perasaan itu.

Habibah meletakkan secawan nescafe panas yang masih berwap kecil di meja kecil di hadapannya. Qassif Daniel menangkap wajah isterinya, aku ada seorang isteri! Kenapa aku tidak merasainya selama ini?

Habibah bergerak semula ke dapur namun tangannya dirembat oleh Qassif Daniel. Habibah berpaling dan Qassif Daniel memberikan isyarat untuk Habibah duduk di sampingnya. Habibah hanya menurut sambil menahan getar di jiwanya.

“Awak…” Qassif Daniel berbisik perlahan.

“Erm…” Habibah dapat mendengar deruan nafas Qassif Daniel.

Qassif Daniel menarik Habibah ke dalam dakapannya dan membelai bahu Habibah lembut.

“Sekiranya awak hendak ke mana-mana, awak pakailah driver yang memang saya sediakan untuk awak.”

“Kenapa hendak menyusahkan orang?” Soal Habibah lembut.

Qassif Daniel memegang lembut wajah Habibah.

“Saya… saya risaukan keselamatan awak!”

Awak sayang saya tak? Persoalan itu tiba-tiba menerjah benak Habibah. Namun dia cukup malu untuk melahirkannya di bibir.

“Saya okey…”

“Saya tahu awak pandai jaga diri, tapi saya ada hak untuk risaukan awak.”

Telefon bimbit Qassif Daniel tiba-tiba berbunyi. 

Hello, yes mommyyes I am with her right now… no mommy I don’t think so because I am going to stay overnight here tonight.”

Oh Tuhan! Dada Habibah berdegup kencang. Genggaman tangan Qassif Daniel ternyata lebih erat daripada biasa.

Telefon bimbit diletakkan dan Qassif Daniel kembali berhadapan dengan Habibah, tiba-tiba telefon bimbit berbunyi sekali lagi. Qassif Daniel mengerlingnya sekali.

Zara!

Qassif Daniel menarik nafas dan menjawab panggilan itu.

“Yes baby, I am at home right now… I am very tired and going to sleep soon. You take care too baby… good night!”

Habibah terasa sejalur rasa cemburu menyelinap garang di tangkai hatinya. Tapi, siapalah aku?

“Awak?”

Habibah mendongakkan wajahnya. Qassif Daniel tiba-tiba menyentuh wajahnya dan menyeka air mata yang hadir di pipinya tanpa disedarinya.

Qassif Daniel memang sangat berlainan dari hari-hari sebelumnya, hati Habibah benar-benar tersentuh antara percaya dengan tidak, antara gembira dan sedih, antara realiti dan fantasi, antara benar dan keliru.

“Awak…” Suara Habibah kedengaran serak, “Boleh tak kita terus kekal begini? Saya rasa selamat dan saya dapat merasakan…. Kebahagiaan dalam erti kata yang sebenar.”

Qassif Daniel meletakkan jari telunjuknya di bibir Habibah, mengusap bibir itu lembut dan Habibah tidak sedar bila matanya tertutup menikmati indahnya saat bibir lembutnya dihinggapi oleh bibir suaminya. Lembut, manis, harum dan basah, Habibah memeluk Qassif Daniel erat. 


[BERSAMBUNG]

------------------------------------ 

Bah bah bah... sudah-sudahlah tu, tunggu next Friday pulak,
Nanti feeling berlebih susah... jiwa kacau!

Hehehe....

12 comments:

  1. Vel, sampai hati u you arrr....kasi lagi bhaaa sikitttt...hahahhaha..anyway tq...

    ReplyDelete
  2. Sampainya hatimu Vel....baru nak feeling. Terpaksa tunggu satu minggu.hu..hu..hu.. merajuk saya. Vel, saya cadangkan buatlah bonus lagi....untuk next n3. Boleh lah....

    ReplyDelete
  3. vel mmg selalu mcm ni...suka kasi org tunggu2 je for next chapter....saja suka dera mental pembaca dia....

    ReplyDelete
  4. x faham la dengan daniel ni....apa pun best nak lagi.

    ReplyDelete
  5. Adoi, tenga feeling abeh tetiba 'BERSAMBUNG', gelak besar sekjap

    ReplyDelete
  6. tak faham dengan daniel. dia cintakan girfriend dia or he is starting to love habibah? anyway, this chapter is superb! next friday pulak ye? hmm lambat lagi la. kempunan la macam ni haha

    ReplyDelete
  7. huhu....next friday.....ngah fell ne...danial da suke kt bibah....yeahhh!!!!

    ReplyDelete
  8. Wah... makin menarik. Tak sabar nak tgu next n3.. :)

    ReplyDelete
  9. Buat semua pembaca tersayang... sabar k... entri besok pasti menyusul... ada kesibukan yg melanda buat masa ni... love you all!

    ReplyDelete
  10. Vel..mna eps 16 dear..duiii...can"t wait already..i missss habibah n Qassif Daniel very much....hahahaha...

    ReplyDelete
  11. Waaaa... Mana next chapter ni... Bikin penasaran

    ReplyDelete
  12. No u tak bole bibah No..jngan hanyut dlam prcintaan ini huhuhuhu daniel jhat huhuhu....

    ReplyDelete