Wednesday, January 15, 2014

Isteri Kontrak :: Bab 21

Hello :)

This mommy got stressed up over her daughter's homework.
School is a place for them to learn and have fun (no?), but a lot of things happening in school too and that overtake their learning nature (again no?) Do you think the world (I mean the people) is getting smarter and competitive each day? Is that what we called globalization? The ones who took away our sweet childhood, can't it be returned?

In my FB, I have shared my feeling over the stressfulness as a mommy, when I was a lot younger, I don't think my mom was this much of worries, we lived a simple life and homework is nothing much to worry about, what happened to the today's world? What are we chasing for? Why can't we just sit and relax our mind and body? 

This mommy is stressful.

But let's face it babey, this is the real struggle that we have to endure, the reality to keep us going, the driving force and this is all about life, to live the life. 

Inhale. Exhale.

The passion of writing has keeps me going too, be with me people. Put a smile on your face. at least that would bloom my heart.

Thank you people!

Nah bab 21 untuk tatapan anda sekalian...

______________________

Datuk Mansor dan Datin Zubaidah terpinga-pinga. Wajah Qassif Daniel ditenung lama. Datin Zubaidah sudah menitiskan air mata manakala Datuk Mansor cuba untuk berlagak tenang, nafas ditarik perlahan dan dihembus dengan perlahan. Qassif Daniel kelihatan agak tertekan dan tiada sedikit keceriaan pun dipancarkan di wajah itu.

“Kamu pasti?” Datuk Mansor bersuara.

“Ya daddy,” ujar Qassif Daniel dengan wajah sugulnya.

“Daniel, Daniel… kenapa kamu asyik nak buat keputusan yang terburu-buru tentang perkahwinan?” Datin Zubaidah bersuara hiba.

“Bukankah itu yang dikehendaki oleh daddy dan mommy?” Soal Qassif Daniel sinis.

“Tapi kamu juga yang kata Zara tidak bersedia kan? Tapi kenapa secara tiba-tiba…” Datin Zubaidah menahan tangisnya.

“Itu dulu mommy,” Qassif Daniel memintas, “Zara yang mahukan perkahwinan ini, dan Daniel memang menunggu kata putus dari dia selama ini.”

“Kamu fikir dulu Daniel,” Datuk Mansor sebenarnya agak bingung dengan berita mendadak daripada anak lelakinya itu, satu-satunya anak lelaki yang bakal mewarisi tampuk perniagaan yang diwarisinya dari bapanya.

“Daddy, kan daddy sendiri tidak mahukan perkahwinan Daniel dengan Habibah, bukankah daddy mahukan Daniel memperisterikan Zara?”

Daddy tak pernah kata daddy tak mahu kamu kahwin dengan Habibah, tapi cara kamu tu salah!” Datuk Mansor bersuara sedikit keras. “Dan dalam keadaan sekarang ini pula, kamu tiba-tiba hendak berkahwin lagi satu,” Datuk Mansur merengus kasar.

Qassif Daniel terdiam, adakah aku terlalu mengikut perasaan cemburuku, adakah ini adil untuk Habibah? Tapi bukannya Sophia Ezara selayaknya bagi aku?

“Kamu dah bincang dengan Bibah?” Datin Zubaidah masih lagi cuba berlembut.
Qassif Daniel sekadar menggeleng.

“Tapi dari awal perkahwinan kami dia memang tahu dan kena sentiasa bersedia, sebab dia bukan pilihan Daniel!” Qassif Daniel membalas angkuh.

“Kamu betul tak ada perasaan dengan Bibah?”

“Tiada!”

“Betul?”

“Kenapa mommy asyik mengulang soalan yang sama?” Qassif Daniel arif Datin Zubaidah boleh membaca perasaannya, dan Qassif Daniel sendiri merasa jantungnya dihiris ketika menidakkan perasaannya pada Habibah.

“Kalau betul kamu tidak ada perasaan dengan Habibah, kamu lepaskan dia, selepas itu barulah kita aturkan perkahwinan kamu dengan Zara!” Keputusan Datuk Mansor bagaikan hukuman mati mandatori, Qassif Daniel mengeluh.

“Kenapa?” Datin Zubaidah terus menyucuk jarum.

“Daniel tidak akan sekali-kali menceraikan Habibah!” Qassif Daniel menggeleng-gelengkan kepalanya, aku mahukan dia menderita, hati kecilnya ketawa.

“Kamu tamak Daniel!” Tukas Datin Zubaidah.

“Daniel mampu mommy.”

“Tapi kamu tidak adil pada Habibah.”

“Hidup kita memang kadang kala tidak berlaku adil mommy.” Lemah suara Qassif Daniel, dan itu memancing simpati Datin Zubaidah.


*****


Sophia Ezara tergesa-gesa masuk ke dalam restoran Italy itu dan menanti dengan perasaan yang tidak sabar, seorang lelaki berjaket hitam dan bercermin mata gelap mendekatinya dengan senyuman.

“Well done, you did your job very well!” Puji Sophia Ezara sambil tersenyum puas.

“Terima kasih Puan,” ujar lelaki bernama Zikri itu dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
Sophia Ezara mengeluarkan sampul surat putih dari beg tangannya, dan meletakkannya di atas meja.

“Ini imbuhan untuk kerja you, I bagi bonus sekali,” Sophia Ezara memandang sekeliling memastikan perbuatannya tidak disedari oleh orang lain.

“Terima kasih, kalau ada job jangan lupa contact saya,” ujar Zikri sambil membuat isyarat menjawab telefon di telinganya.

Sophia Ezara hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala, dia mengenakan cermin mata gelapnya dan beredar laju dari restoran itu tanpa menunggu minuman yang telah dipesannya.

Zikri tersenyum pulas, sampul putih berisi wang tunai diselitkan di dalam kocek jaket hitamnya, seorang pelayan datang menghantar minuman yang dipesan oleh Sophia Ezara agak kebingungan.

“Tak apa dik, letak saja di sini, akak tadi order untuk abang!” Ujar Zikri sambil memaniskan muka. Si pelayan hanya menurut. 

Zikri menyedut rakus fresh orange, hatinya puas dengan imbuhan yang lumayan, walaupun kerjanya hanya sebagai penyiasat persendirian dan penyampai maklumat. Khidmatnya sering digunakan oleh orang-orang kaya untuk mencari maklumat dan menyiasat kehidupan orang lain. Kerjanya berlandaskan ketidak-puasan orang lain ataupun berasaskan hasad dengki.

Zikri terus menyedut minumannya, dimatanya terbayang-bayang wajah cantik Sophia Ezara, orangnya boleh tahan cantik, berkaliber dan berkerjaya hebat tapi sayang seribu kali sayang, kewibawaannya boleh tergugat hanya kerana seorang anak yatim piatu.


*****


“Bibah!” 

Farrah dan Maya bersuara serentak apabila sepasang mata milik Habibah mula celik. Rayyan yang sejak dari tadi duduk menenangkan diri di sudut bilik turut bangun mendapatkan Habibah. Ketiga-tiga mereka ternyata cemas dan bimbang dengan keadaan Habibah.

“Macam mana you rasa sekarang? Pening lagi tak?” Maya memang tidak sedap hati dan berasa amat bersalah kerana meninggalkan Habibah demi melunaskan niat peribadinya.

Habibah mengerutkan dahi sambil memicit-micit kepalanya yang masih pening. Dia mengagahi diri untuk bangun,  Farrah dan Maya segera membantunya.

“Di mana ni?” Soal Habibah dalam kepayahannya.

“Hospital!” Serentak Rayyan, Farrah dan Maya menjawab.

Habibah tersentak, matanya dipaksa dibuka luas, memang dirinya berada di wad hospital. Dia cuba mengingati kejadian di Coffee Bean, air matanya pantas berlinang keluar.

Farrah dan Maya semakin panik. Doktor telah menasihati supaya Habibah tidak dibiarkan berseorangan dan dalam suasana yang tertekan. 

Shhh don’t cry okey, please…” pujuk Maya.

Entah mengapa Habibah terus menangis hiba, air matanya seakan-akan terlalu murah untuk ditumpahkan, terlalu mahal untuk disimpan. Ketiga-tiga mereka terus menggelabah.

“Daniel mesti marahkan aku, aku sakitkan hati dia, memang silap aku!” Habibah memukul-mukul kepalanya seperti orang yang kurang siuman. Farrah segera menahan tangannya dan memeluk Habibah erat.

Maya yang sudah tidak tahan turut menitiskan air mata, Rayyan menjelingnya tajam, esakan terpaksa ditahan demi menenangkan Habibah yang telah membenamkan wajahnya di dada Farrah.

“Bibah…” Rayyan melembutkan suaranya sambil mengusap lembut kepala Habibah. “Bibah sabar okey, kami ada untuk menjaga Bibah… Bibah tak baik nangis tau, tak baik untuk baby…”

Habibah yang menangis hiba serta merta melepaskan pelukan Farrah, air mata yang membanjiri pipi diseka berkali-kali. Dia ingin Rayyan mengulangi kata-katanya sekali lagi.

“Abang, apa abang cakap tadi?” Mata Habibah membulat.

Abang?? Serentak hati Maya dan Farrah menyebut perkataan tersebut.

Rayyan hanya tersenyum tipis, dia tahu jauh di sudut hati Habibah, wanita itu gembira dengan berita yang bakal disampaikannya.

“Bibah mengandung, dah tujuh minggu!”

Habibah memandang tepat wajah Farrah dan Maya bersilih ganti, kedua-dua mereka tersenyum dan menganggukkan kepala. Satu naluri yang sukar dipastikan hadir di dalam diri Habibah dan dia segera memegang perutnya.

“Bibah akan ada baby?” Mata Habibah membulat bersinar. Ketiga-tiga mereka mengangguk bertalu-talu. 

Habibah memanjatkan kesyukurannya kepada Tuhan yang esa, pencipta langit dan bumi. Dia benar-benar bersyukur, ada hikmahnya di atas segala kejadian yang mengujinya, dan dia tidak akan mengalah, dia tidak akan berputus asa, walau apa pun kejadian yang bakal menimpa, dia akan mempertahankan segalanya, demi anak yang kini menghuni di rahimya.

“Bibah…” Maya merapati Habibah dan memeluk bahunya lembut.

“Maya, tolong jangan rasa bersalah, benda dah jadi,” sayu hati Rayyan dan Farrah mendengarnya.

“Tapi I dah ada kawan,” Habibah tergelak kecil sambil mengusap perutnya lembut, rawan hatinya mengenangkan tindakan melulu Qassif Daniel menumbuk muka Rayyan.

“Abang…”

Rayyan memandang tepat ke arah Habibah.

“Bibah minta maaf dengan tindakan Daniel,” Rayyan sekadar tersenyum, “Abang okey ke?” Rayyan mengangguk perlahan, walaupun di dalam hatinya menyumpah dengan tindakan mendadak Qassif Daniel, perit di mukanya masih kuat terasa, kalau bukan kerana risaukan Habibah, mahu sahaja diajar sepupunya itu sebentar tadi.

“Ehem! Apa nama yang bakal kita berikan pada baby ni nanti?” Sampuk Farrah.

“Eh you yang sibuk kenapa?” Usik Rayyan.

“Eh eh… bakal anak buah kita, yang you dengki apa pasal pula?” Balas Farrah, serentak semua tawa pecah.

Suasana kembali ceria seperti tidak apa-apa yang berlaku, meskipun kerisauan masih menebal di hati Maya, Rayyan dan Farrah, namun mereka tidak mahu menunjukkannya kepada Habibah.

Habibah yang menyimpan sendu mendalam di dalam hatinya berupaya untuk tidak menunjukkannya kepada mereka. Dia tahu, Qassif Daniel yang keras kepala itu mungkin tidak akan mendengar penjelasannya, namun dia juga tidak mempunyai pilihan lain, biarlah… biarlah Qassif Daniel dengan barannya, biarlah Qassif Daniel dengan keputusannya.

Habibah terpaksa ditahan untuk pemeriksaan lanjut, doctor yang merawatnya berjanji untuk membenarkan dia keluar pada keesokkan harinya sekiranya keadaannya tidak membimbangkan.


*****


You!

“Apa?” Rayyan menumpukan perhatiannya ke arah jalan raya. Tangan tangan Farrah diletakkan di atas paha Rayyan, Rayyan menoleh sekilas.

You ada apa-apa rahsia tak nak bagitahu I?”

“Rahsia?”

Farrah mengangguk pantas meskipun Rayyan tidak memandangnya.

“Rahsia yang bagaimana?”

“Erm… tentang Habibah, you kata dia uni mate you kan?”

Rayyan mengulum senyum. Namun hatinya tidak berdebar, sebab dia tahu, Farrah juga sukakan Habibah.

“Dia memang uni mate I…”

Farrah membatukan dirinya.

You ingat tak tentang adik angkat yang I ceritakan dulu?”

Farrah menoleh ke arah Rayyan, tidak lama itu dia mengangguk. Hatinya masih penuh teka-teki meskipun dia telah dapat mengagak aya yang bakal terluncur keluar dari bibir suaminya.

“Orang itu adalah Habibah!”

Farrah menutup matanya dan menyandarkan kepalanya ke tempat duduk. Tangan kiri Rayyan hangat mengenggam jemarinya.

“Tapi you tau kan? Siapa di hati I?” Bisik Rayyan perlahan namun masih boleh didengari Farrah. Farrah tersenyum, ya aku tahu, bisik hatinya. Suasana kembali sunyi dan masing-masing sibu kmelayan perasaan masing-masing.

You…” Farrah bersuara lirih. “I nekad,” sambungnya.

“Apa dia?”

I rasa Habibah tak patut diperlakukan macam tu, Daniel tu dah melampau, dia masih melekat pada Sophia Ezara walaupun Habibah itu sah isterinya!”

You nak buat apa?” Rayyan sedikit risau.

“Kita kena tolong Habibah!”

“Tolong? Bagaimana?”

Senyuman terukir di bibir Farrah.

“Nanti I bagitahu, Maya pasti akan tolong!”

Rayyan mendengus perlahan, Farrah memang wanita yang sukar diduga, mudah-mudahan rancangannya tidak akan memudaratkan sesiapa, tidak juga mengeruhkan hubungan Qassif Daniel dan Habibah, Rayyan berdoa di dalam hati.


[BERSAMBUNG]







My inspiration. Mommy love you sayang!




21 comments:

  1. best nak lagi.....jahat daniel x suka sian bibah.

    ReplyDelete
  2. salute to youuu sentiasa menerujakan....

    ReplyDelete
  3. waduh.. kangen bangat sama bibah vel... :-)

    ReplyDelete
  4. Buat valerie , ini kali pertama saya baca novel pn, malah kali pertama saya bc novel online. Bc kali pertama je sy dah hbs bc 21 bab dlam satu mlm. Rasanya tak sabar tgu bab berikutnya. Sy suka bc celoteh pn. Cerita pasal karipap tu sama mcm anak2 sy. Kita ibu semuanya sama surirumah atau pun bekerjaya. Anak tetap mutiara hati. Tahniah teruskan berkarya. Semoga pn menjadi novelis berjaya. Tk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak di atas sokongan padu yang diberi... membuat saya teruja :)

      Delete
  5. :( sedihhhh.... sian Bibah... sa mau cubit bah si Daniel tu.. gerammmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sedih bah, nanti akan berakhir dengan bahagia jugak tu...

      Delete
  6. Next n3nya bah, penantian itu suatu penyiksaan. Bibah....(kesian). Daniel.....(kuketuk kepalanya bah). Sophie.....(kutarik rambutmu).....Ha..ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha zu.. boleh jadi skrip dlm novel ni nanti...

      Delete
  7. velarie u kerja kat bahagian GHO ke? kalau betul sama kapal la kita coz i ada nampak u punye gambar masa dinner hari tu yang pakai baju princess tu betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Sarafina, iya bah, GHO... alamak spotted dah hahaha.... shhhhhhh :)

      Delete
  8. it's ok ur secret is safe with me, he!he! tak sangka u boleh berkarya ye? by the way chapter 22 mana? keep it up kalau dibukukan lagi bagus bah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, satu kapal hanya pelabuhannya yang berlainan. Apa2 pun Vel, I like dengan karya you. Keep it up. Next chapter please.....

      Delete
  9. val...setiap satu satu bab i baca sentiasa rasa teruja untuk baca bab seterusnye...
    pengunaan gaya bahasa yg bersahaja..this novel very awesome..terus dngan bab 22 tak sabar bah menunggunye....

    ReplyDelete