Monday, March 3, 2014

anak kamu anak kami jua

Ada sesiapa yang telah memulakan penulisan blog anda? Jom jadi kawan di sini, tidaklah siok sendiri saya menulis hahahaa.... OK saya mula menerima 'kejutan' oleh penemuan blog ini di kalangan keluarga dan kawan-kawan... stay chill ajie (nama kampung)... stay calm! Saya dapat merasakan aura Habibah di dalam diri saya sekarang... kadang-kadang saya rasa dikejutkan di tengah malam oleh Habibah untuk meneruskan kisah dirinya.... saiko kan saya? Errr...

Boleh kah kita permisikan dahulu kisah Bibah dan berbalik kepada kehidupan saya yang saya ingin kongsikan kepada kamu semua (ini ayat perasan diva!) namun aku hanya insan biasa.

Baiklah... pernahkah kamu merasakan yang kamu sangat-sangat menyayangi anak orang lain yang tidak mempunyai pertalian saudara dengan kamu? Bukan anak kepada adik beradik, anak sepupu atau bukan anak saudara-mara sekalipun... pernah?

Kalau anak-anak buah, kita fahamlah kan... tapi ini anak orang lain. Apakah?


Comelkan? Charm Charm, Sasha and Sara (the small girl)

Dorang ni kalau berjumpa memang cute... boleh dikatakan dorang ni membesar bersama dan sangat rapat. Hujung minggu kami banyak diluangkan masa bersama-sama dengan dorang ni anak beranak. Holidays, concert for the kids, makan-makan, karaoke... ke mana saja, pasti kami segerombolan.

Tapi, dorang ni very spontaneous, tengok ni....

 di dalam proses menyatukan mereka untuk bergambar...

 "Panaslah!"
"Papa carry me!"
"Adek... stop running, kita mo ambil gambar!"


dan akhirnya....

Kami (laki bini) sangat menyayangi Sasha & Sara... macam anak-anak kami sendiri... kemanjaan dorang, kenakalan tiada bezanya dengan Charm Charm, mungkin sebab itu, kami tidak kesunyian pun walaupun hanya ada seorang anak kandung haha... sebab Sasha & Sara ada... and baby Eli...

 Itu tengah projek memberi makan roti gardenia dan cheese kepada ikan & kura-kura... kelas kan?

Mama Martha & Papa Terence!

Makanan anak-anak yang akhirnya menjadi makanan ikan dan kura-kura...


Kami datang menyaksikan konsert High 5 ni sebenarnya... maklumlah zaman kami-kami dulu kan mana ada semua ni...


 Susah jugak mo bergambar kan?

 Saturang dah okey, yang lain pulak aksi lari...

 Ini sebagai contoh

 Almost a complete family... but not yet...

Hah!! Ini baru a complete family. Semua orang ada dalam gambar... walauuupun.....
sila abaikan wajah yang berkerut dan berhidung kembang itu ya... hahahaha

Ini semua gambar lama k... baru tergodek tadi haha. Jangan jangan ditanya concert hing 5 sampai bila k... dah lama berlalu... dorang yang buat konsert tu pun dah selamat tiba di tanahair masing-masing. Pendek kata entri ini lari dari tajuk sebenar... sila maafkan!


No comments:

Post a Comment