Thursday, March 6, 2014

Isteri Kontrak :: Bab 27

Heppp.... janji akan aku tepati bah
Hari ini hari jumaat kan? Ada sudah sirinya untuk anda
Bab 27... fuhh macam tidak percaya sudah sampai ke tahap ini...
Selamat membaca

____________________________________




“You kena putuskan sendiri hal kehidupan you Daniel, I sangat tak faham dengan you sekarang ni, macam-macam hal dah berlaku, macam-macam hal juga yang I usahakan, tapi you tak ubah seperti awan-awan di atas tu, kejap ada kejap lagi terbang entah kemana!” Sophia Ezara menghempas beg tangannya ke atas meja, Qassif Daniel yang agak tersentak sekadar merenung kosong.

“I rasa nak bawa you pergi berubat, I rasa anak yatim tu dah buatkan you tak berpijak lagi di bumi nyata ini,” Sophia Ezara terus membentak dengan geramnya, insan yang bernama Qassif Daniel di hadapannya bagaikan butiran beras yang sangat kecil, kalau boleh dikunyahnya, sudah lama dia berbuat demikian.

Bengang dengan perangai membatu Qassif Daniel, Sophia Ezara segera bangun dari kerusinya dan menolak kerusi itu sekuat hati ke belakang, dia mula menapak laju ke arah kekasih hatinya yang masih memandangnya kosong.

Sophia Ezara memusingkan kerusi Qassif Daniel agar dua pasang mata milik mereka bertentangan. 

“Hello!” Ujar Sophia Ezara keras sambil jarinya dipetik di depan mata Qassif Daniel, tidak cukup dengan itu kedua-dua belah pipi Qassif Daniel ditepuk-tepuk bersilih ganti, marah benar nampaknya Sophia Ezara. 

“Apa ni?” Akhirnya Qassif Daniel mengeluarkan suara emasnya, tangan Sophia Ezara di tolak kasar.

“Huh! Ada juga suara you keluar kan? Ingatkan dah bisu!” Ujar Sophia Ezara sinis. 

“Zara, kenapa you nak mengamuk tak tentu pasal ni?”

“I mengamuk?Hahaha…” Sophia Ezara menghamburkan tawanya, “You betul-betul nak tahu kenapa?”

Qassif Daniel sekadar menganggukkan kepalanya.

Tawa Sophia Ezara telah berhenti, berganti dengan senyuman sinisnya, entah mengapa, senyuman milik wanita itu tidak lagi menambat hati lelaki Qassif Daniel seperti suatu ketika dahulu.

I mengamuk ke you nampak?” Sophia Ezara kini bersuara serius kembali, lagaknya persis orang yang meroyan. Wajah cantiknya kini kelihatan amat keruh.

You datang terus menengking tak tentu pasal, you ni kenapa sebenarnya? Apa yang you nak?” Qassif Daniel masih dengan lagak tidak tahu apa-apa, tanpa sebarang perasaan bersalah. 

You tanya I apa yang I nak?” Suara Sophia Ezara kembali tinggi melangit. Nafasnya sesak dan ditahan-tahan.

“You dah dapat I kan? Itu yang you nak sangat kan?” Qassif Daniel juga semakin hilang kesabarannya.

I dapat apa dari you hah?” Tempelak Sophia Ezara.

“You dah dapat semua apa yang you nak dalam dunia ni, you dah dapat I balik kan? Kenapa you tak puas hati lagi?” Nafas Qassif Daniel juga mendesah kasar.

“Huh? Betul ke I dah dapat balik you?” Sophia Ezara tersenyum sinis, lagaknya memang mencabar kesabaran Qassif Daniel.

“Zara…” Qassif Daniel mengingatkan dirinya agar bersabar dengan bakal isterinya itu.

“Kenapa?” Sophia Ezara semakin sinis.

“Zara… I minta sangat tolong you sekarang.”

“Tolong?”

“Ya, tolong, minta tolong you!”

“Tolong apa?”

“I minta you tolong tinggalkan I sekarang, I tak nak kehadiran you akan menambah serabut kepala I sekarang ni.”

Sophia Ezara memberikan Qassif Daniel satu pandangan tajam.

“Itu yang you nak I buat sekarang?”

Qassif Daniel mengangguk. Sophia Ezara menggelengkan kepalanya.

“I cuma nak tahu Daniel,” riak wajah Sophia Ezara telah berubah, kali ini lebih tenang, matanya juga kian melayu menahan sebak tangisnya.

“I cuma nak tahu… apa sebenarnya yang menghalang hubungan kita sekarang? I dah lakukan segala-galanya untuk kita, I dah aturkan segala persiapan yang sepatutnya, tapi…” Sophia Ezara mula menghamburkan tangisnya. 

“Apa yang you nak tahu sangat Zara?” Qassif Daniel membuang pandang di luar cermin yang menghamparkan pemandangan kota metropolitan Kuala Lumpur.

I nak tahu…” Sophia Ezara menahan sebaknya sambil mengelap tubir mata dengan tisu, “Adakah you ikhlas nak berkahwin dengan I?”

Qassif Daniel termenung seketika, dia cuba membawa persoalan Sophia Ezara itu jauh ke dasar hatinya, biarlah jawapan yang lahir dari mulutnya adalah ikhlas dari dasar hatinya. Perlukah aku melukai sesiapa sekarang ini? Apa yang aku mahukan dalam hidup perkahwinan? Perlukah aku beristeri dua? Perlukah aku lepaskan Habibah untuk menyenangkan hati Sophia Ezara dan juga keadilan kepada Habibah sendiri? Termakbul sudahkah impian aku untuk mewarisi legasi perniagaan arwah datuk ku selepas perkahwinan ku dengan Habibah? Bagaimana pula dengan Habibah, adalah dia gembira dengan segala kejadian di dalam hidupnya?

“Argh!!!” Qassif Daniel meraup wajahnya.

Sophia Ezara kini kelihatan lebih tenang, dia telah kembali duduk di kerusi berhadapan dengan Qassif Daniel, jarak mereka cuma dipisahkan oleh meja di pejabat itu.  Sophia Ezara masih lagi dengan sendunya, wajah cantiknya sudah tidak dipedulikan lagi, maskaranya juga mula telah habis mencair, namun pentingkah itu semua baginya kini?

You tak perlu menipu Daniel, please tell me the truth,” ujar wanita itu lembut, dia mahukan jawapan ikhlas dari lelaki yang duduk meraup wajah dihadapannya itu.

Qassif Daniel membetulkan rambutnya, kemudian membetulkan tali lehernya, dan kemudian membetulkan duduknya. Kedua tangannya kemudian bercantum di atas meja, wajah kacak itu memandang telus wajah Sophia Ezara, seumur hidup mereka bersama, masa inilah masa yang paling aneh di dalam perhubungan mereka, perhubungan yang selama ini mereka banggakan sebagai hubungan tegar yang tidak pernah dihinggapi masalah terutama sekali yang melibatkan perasaan, cinta mereka seperti diatur dan merekalah pengaturnya. 

“Zara, maafkan I…”

Sophia Ezara menutup matanya seketika, genangan air panas terasa memenuhi tubir mata, kuatkah hati aku untuk mendengar pengakuanmu?

“I betul-betul minta maaf Zara… “ semakin menjauh dan perlahan suara Qassif Daniel.

Sophia Ezara membuka kedua matanya sambil memberikan senyuman tipis.

“I sendiri dalam keadaan bingung, I tak boleh nak buat keputusan, tapi I pinta agar you tak kalutkan lagi keadaan sekarang, okey?”

Nafas lega dihela oleh Sophia Ezara, dalam diam dia sebenarnya lebih sukakan jawapan tergantung dari lelaki itu. Dia sendiri tidak faham mengapa.

“Daniel, listen here,” ujar Sophia Ezara, air mata yang telah kering diseka lagi. “I tak peduli apa sekali pun perasaan you mahupun keputusan you ikhlas ke tak okey?”

Qassif Daniel mendongak, wajah Sophia Ezara tidak lagi seganas tadi, namun wajah itu masih lagi tegang dan menampakkan empunyanya menanggung tekanan yang teramat.

I tetap akan pastikan yang kita akan berkahwin!”

Suara tegas wanita itu bergegar di setiap pelusuk pejabat Qassif Daniel, sedikit menggetarkan hati lelaki itu, hujahan berbaur ugutan itu meresahkan hati lelakinya tiba-tiba, tapi mengapa?

Sophia Ezara mencapai beg tangannya dan membetulkan pakaiannya, rambutnya ditolak ke belakang, cermin mata hitam dikenakan bagi melindungi mata yang sembap, langkah kemas diatur menuju ke pintu, tatkala tombol dipulas, dia menoleh untuk memandang Qassif Daniel sekilas, pulasan tombol kedua terus membuka luas pintu pejabat Qassif Daniel, Sophia Ezara kemudian melangkah pergi.

Qassif Daniel kini terjelepuk di sudut kerusinya, mindanya seakan berhenti, malas untuk berfikir lagi, mindanya hanya menggambarkan wajah seseorang yang sedang tersenyum padanya, yang pada sinar matanya tidak mendambakan apa-apa darinya melainkan perlindungan dan kasih sayang daripadanya, raut wajah lembut yang penuh tulus menyayanginya, dan tidak memerlukan apa-apa di dunia yang fana ini melainkan hanya dia, lelaki yang bernama Qassif Daniel.


 
“BAJU yang warna pink tu comel sangat!”

Suara Farrah dilontarkan kuat kerana teruja dengan suasana di butik baju bayi itu. Kalau diikutkan hati, Habibah memang keberatan untuk membeli barangan keperluan bayinya kerana kandungannya baru mencecah enam bulan. Kalau diikutkan pesanan orang tua-tua, biarlah lepas tujuh bulan, namun Farrah dan Maya sudah sering mendesak dan sakit telinga Habibah mendengar rintihan mereka saban hari.

“Pink? What if the baby is boy?” Dahi Maya berkerut. 

Tangan Farrah serta merta terhenti dari terus membelek baju tidur berlengan panjang yang bewarna merah muda itu. Serentak Farrah dan Maya menoleh ke arah Habibah.

“Betul juga… eh Bibah? Betul ke Bibah tak tahu jantina baby ni lagi?” 

Habibah menggeleng sambil tersenyum tipis. Hati rawannya sering sahaja berdetik gembira dengan adanya dua makhluk Tuhan ini di hadapannya. Keletah dan keprihatinan mereka, tiada yang dapat menandinginya di hati Habibah.

“Kalau macam tu, kita ambil warna kuning tu, baby boy or baby girl, dua-dua boleh pakai, atau pun, kita ambil saja dua-dua warna ni, pink and blue,"

“Dah banyak sangatlah ni,” guman Habibah.

“Eh mana ada, kita kena sedia banyak sikit, takut nanti baby muntah ke, berak ke?” Maya yang belum pun mempunyai teman lelaki itu sibuk menceceh. Tak sedar diri langsung, kutuk Habibah dalam hati, namun dia tetap merasa gelihati.

“Bibah penat ke?” Farrah mendekati Habibah yang sejak dari tadi memegang pinggangnya.

“Adalah sikit, sakit pinggang.”

Farrah memandang sekeliling dan terpandang satu kerusi panjang yang berdekatan dengan kaunter bayaran. Farrah mengambil bakul yang berisi beberapa helai pakaian bayi dan menyerahkannya kepada Habibah.

“Bibah ambil bakul ni, pergi duduk kat sana okey.” Farrah menjuihkan bibirnya ke arah kerusi panjang tersebut.

Habibah menoleh sekilas, kemudian menganggukan kepalanya.

“Nanti kami datang okey, kami nak habiskan list ni dulu!” Farrah yang telah jauh melangkah melaung ke arah Habibah, sambil tangannya melayang-layangkan sehelai kertas yang mempunyai senarai barang bayi yang perlu mereka beli, hasil usahasama Farrah dan Maya.

Habibah mengangkat bakul yang sarat berisi pakaian bayi menuju ke tempat duduk yang berdekatan dengan kaunter bayaran, niatnya hanyalah sekadar untuk berehat di kerusi yang disediakan kerana pinggangnya sudah lenguh. Maya dan Farrah masih lagi diamuk perasaan gelora untuk membeli belah. Baik aku biarkan sahaja mereka.

Langkah perlahan diatur, sedikit demi sedikit Habibah kian menghampiri destinasi yang dituju, tanpa diduga, dirinya hampir jatuh dilanggar seseorang dari arah belakang, mujur saja dia sempat berpaut pada rak pakaian yang berhampiran dengannya. 

“Opss sorry!” Wanita yang melanggar segera memegang lengannya, sudah tentu wanita itu rasa bersalah kerana kurang berhati-hati dan melanggar seorang wanita lain yang sedang sarat mengandung.

“Tak apa, saya okey!”

Habibah mendongak sedikit dan segera wajahnya berubah, masakan dia tidak mengenali wanita di hadapannya.

Wanita yang melanggarnya juga tersentak, beberapa helai pakaian bayi di genggamannya menjadi perhatian Habibah. Apakah?

Oh, you don’t worry, this is not for my baby,” sinis sahaja wanita itu berbicara. “Ini untuk anak saudara I yang baru lahir semalam.”

Pengakuan wanita itu menyuntik perasaan lega di hati Habibah, air matanya semakin panas di tubir mata namun dia menahannya, dia perlu kuat! Apalagi di hadapan wanita itu.

“So, you are pregnant.” Ucapan itu memang tidak ikhlas di pendengaran Habibah.

“Ya, sudah enam bulan.”

“Anak dia ke?”

Pertanyaan seterusnya menyentakkan Habibah. Renungan tajam dihadiahkan kepada wanita itu.

Well, you know, macam-macam hal boleh berlaku dalam dunia ini kan? Kalau dah sanggup berkahwin kerana duit semata-mata, mana tau you boleh mengandungkan anak orang lain kerana duit juga!”

Sakit sungguh tuduhan itu. Habibah sekadar menggeleng dan tersenyum.

“Anak ini anak kami suami isteri, dan saya pasti awak tahu siapa suami saya bukan?” Jawapan sekilas yang ternyata memberikan tamparan hebat kepada wanita hebat di hadapan Habibah. Senyuman sinis wanita itu hilang serta merta.

“Dengar sini wahai anak yatim, Qassif Daniel memang hak saya dari dulu lagi, saya cuma berkorban untuk demi harta keluarga dia, saya kasihankan dia!”

Habibah menaham amukan perasaan yang kian berkecamuk, perutnya yang memboyot diusap, dia tidak mahu bayinya merasai keperitan yang ditanggunginya sekarang.

“Tapi pengorbanan saya itu tidak bererti awak boleh mengambil kesempatan, janji tetap janji dan kontrak tetap kontrak!”

Habibah tertawa tiba-tiba, perasaan tidak ingin kalah segera hadir di dalam dirinya.

“Cuba awak terangkan mana-mana surah dalam Al-Quran yang menyebut tentang kahwin kontrak?”

Wanita itu terpempam. Namun wajah bongkak itu tidak ingin mengalah juga.

“Walau apa sekalipun, dia tetap milik saya!”

Habibah menghela nafas berat, hati rawannya dipujuk, bayinya diusap lagi. Oh Tuhan berilah aku kekuatan itu, yang sering Engkau janjikan kepada umat-Mu.

“Tiada yang kekal menjadi milik kita di dunia ini, semuanya hanya pinjaman. Seandainya cik mengeraskan juga Daniel milik cik, saya memang tidak akan pernah menghalang, ambillah dia sekiranya dia memang milik cik. Ambillah…”

Sayu dan lembut perkataan demi perkataan yang dituturkan oleh Habibah. Wanita itu terdiam, tanpa sebarang senyuman dan jawapan, wanita itu menoleh ke belakang dan berlalu pergi. Habibah melepaskan nafas berat sekali lagi, bayi diperutnya bergerak lembut, seakan-akan memahami perasaan keibuan dan kewanitaannya, Habibah melabuhkan diri di tempat duduk, air mata yang sejak tadi bertakung tetap ditahan, diseka-seka dengan hujung jarinya. Wajahnya kembali tenang, dirinya tidak menggeletar lagi, terasa seperti sejalur kekuatan melingkari dirinya. Sungguh kuat dan dia merasa dilindungi.

Terima kasih Ya Allah, mulutnya tidak habis-habis memanjatkan pujian dan kesyukuran.



[BERSAMBUNG]

 ____________________

Cuba teka siapakah gerangan wanita yang ditemui oleh Habibah?







25 comments:

  1. boleh sakit jiwa mcm nie vel
    rasa sikit sgt entry nie

    ReplyDelete
  2. Si sophia ea....ala nape bkn daniel yg dia langgar erk...kasian bibah...ala xpuas la...nak lagi la panjang la....plzzzzz...

    ReplyDelete
  3. mestilah si Sophia si bongkak kan.... mula-mula ingat Bibah langgar dgn Daniel
    tapi tersalah teka pulak. Sekiranya Daniel yang langgar Bibah biarlah Daniel
    merasa suka bila lihat Bibah mengandung. Jgnlah Daniel salah faham pula kata
    yg Bibah bukannnya mengandungkan anak dia. Selamatlah hendaknya Bibah
    bersalin tanpa ada berlaku perkara yg buruk. mana tau ada lagi muslihat jahat si Sophia tu. Vel lain kali kalau ada n3 baru postlh lagi panjang tak puaslah baca....

    ReplyDelete
  4. yup val, post la en3 baru kasi panjang sikit...tak puas betul nih...nnt bibah terjumpa dengan ibu mentuanya mesti best kan val...semoga bibah tabah dan kuat...tunjukkan pada daniel yg bibah boleh teruskan kehidupan walaupun luka dihati tiada siapa yg tahu...biar danial terus penasaran...go go val..

    ReplyDelete
  5. adui.. nk tunggu next friday lagi... haduiii.......

    ReplyDelete
  6. Ala.. Pendeknya entry... X sabar nk tunggu

    ReplyDelete
  7. betul tu nape kali ni citernya pendek ajer

    ReplyDelete
  8. sakit hati wooo...amoiii u buat kasi lebih sedih.. heheheehe

    ReplyDelete
  9. Agak pelik jalan cerita ni..dah 6 bulan berlalu..takkan dlm masa 6 bulan ibu mertua bibah tak datang langsung melawat bibah..dan seterusnya tahu yang bibah mengandung.

    ReplyDelete
  10. vel...why why why & 3x why.....next e3 kasi pjg cikit boleh......Friday is coming, Friday is coming, Friday is coming....u bikin saya gelong laaa....hahahahaha

    ReplyDelete
  11. alah val....sape lagi kalau bukan si SOPHIA yang berlagak DIVA sangat tu....
    pendek sangat u punye entry kali ni panjang sikit boleh bah?

    ReplyDelete
  12. cepat sambung~~~...!!!! x sabar dah ni!!!

    ReplyDelete
  13. entry seterusnya val kasi itu Daniel mkn hati semua orang layan baek punyer si habibah termasuk dato mansor, biar mereka tak layan dia nak khawin lain sgtkn...biar padan muka

    ReplyDelete
  14. Vel, dah 10x dah checking since yesterday, mana n3 baru????

    ReplyDelete
  15. Halo,
    Hal ini untuk menginformasikan kepada masyarakat umum bahwa Mrs Janet Robort , pemberi pinjaman pinjaman pribadi telah membuka kesempatan keuangan untuk semua orang yang membutuhkan bantuan keuangan . Kami memberikan pinjaman dengan suku bunga 2 % kepada individu , perusahaan dan perusahaan di bawah syarat dan kondisi yang jelas dan dimengerti . hubungi kami hari ini melalui e - mail di : ( janetrobort@gmail.com )

    DATA Peminjam ' S
    1 ) Nama Lengkap : ............................................. ..........
    2 ) Negara : .............................................. .............
    3 ) Alamat : .............................................. ............
    4 ) Negara : .............................................. ................
    5 ) Sex : .............................................. ..................
    6 ) Status Pernikahan: ............................................. ....
    7 ) Pekerjaan: .............................................. .......
    8 ) Nomer Telpon: ............................................. ...
    9 ) Saat ini posisi di tempat kerja : .....................
    10 ) Pendapatan Bulanan : .............................................
    11 ) Jumlah Pinjaman Dibutuhkan : .................. dan ...................
    12 ) Jangka waktu pinjaman: ............................................. ...
    13 ) Tujuan Peminjaman : ............................................
    14 ) Agama : .............................................. ..........
    15 ) Apakah Anda menerapkan sebelum .................................

    terima kasih,
    Mrs Janet

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete