Salam Damai semua.
Akhirnya sampailah kita ke bab 29.
Wahhh tidak sangka, saya sendiri tidak sangka.
ENJOY!!
___________________________
“KAMI akan
berkahwin!”
Habibah
hanya membiarkan wanita yang datang tidak bersalam itu meneruskan
hujah-hujahnya. Habibah dengan baik hatinya menjemputnya duduk di sofa merah
milik Qassif Daniel, oh bukan sekadar sofa malah seluruh isi rumahnya sekali,
dan jangan lupa diri aku juga milik lelaki itu! Hati Habibah berbisik keras.
Sebaik
sahaja pintu unit kondominium itu terkuak, Sophia Ezara menolak muka pintu
dengan kasar dan Habibah sedikit terhuyung ke belakang. Sophia Ezara tidak
mengendahkan keadaan Habibah walaupun dia sedia maklum bahawa Habibah tengah
sarat mengandung.
“I harap you tak buat apa-apa perancangan untuk menggagalkan perancangan
kami, termasuk anak yang di dalam perut you
tu!”
Habibah
memegang perutnya serta merta.
“Dari
awal you patut sedar siapa diri you tu, sekadar digunakan saja, I pun pelik kenapa you sanggup buat macam ni sampai sanggup mengandung,” ungkapan yang
berbaur hinaan, namun ditelan oleh Habibah dengan hati yang perit.
Sophia
Ezara berjalan ke arah tingkap, langsir putih berona merah yang menutupi
tingkap diselaknya luas, meskipun unit kondominium itu hanya terletak di
tingkat lima, namun panorama petang Kuala Lumpur masih lagi terserlah di depan
mata.
“Habibah,
dengar sini, I akan pastikan yang you akan diceraikan oleh Daniel, I pun mana sanggup jadi isteri nombor
dua, apatah lagi bermadu dengan perempuan macam you ni, nak pandang sebelah mata pun I tak sanggup!”
Hinalah
lagi, hinalah sampai kau puas hati, janji kau bahagia sudahnya. Hati Habibah
berbisik sayu.
“I faham you tu sekadar anak yatim yang ingin menumpang kesenangan boyfriend I tu, I bagi dia kahwin dengan you
tu pun sebab you ni tak ada apa-apa,
so kira dia beramal jariah sikit dengan anak yatim macam you, harapkan muka memang tak adalah dia berkenan sangat kot!”
Ya
Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini ya Allah. Habibah mula menangis di dalam
hatinya, duduknya sedikit pun tidak berubah dari tadi, matanya terus terpaku
pada beg tangan Sophia Ezara di meja di hadapannya, beg itu dicampakkan di sana
sejurus selepas wanita cantik itu masuk ke rumahnya.
Sophia
Ezara menjadi geram dengan reaksi tenang yang ditonjolkan oleh Habibah,
sangkanya anak yatim piatu itu akan melutut meminta maaf bertubi-tubi darinya
dan mengatakan dia tidak akan sekali-kali merampas Qassif Daniel daripadanya,
tetapi sebaliknya, wanita itu hanya duduk tenang dan menerima segala hamburan
yang lahir dari bibirnya.
“Hey!”
Perlahan tetapi agak kasar, Sophia Ezara mendekati Habibah, “You dengar sini baik-baik.” Sophia Ezara
menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya dengan perasaan yang amat geram.
“Qassif
Daniel itu adalah kekasih I,
kepunyaan I dan hak I sampai bila-bila, tiada apa yang akan I benarkan untuk mengambil dia jauh dari
hidup I, faham?”
Habibah
tersenyum sendu. Menggeleng tidak mengangguk pun tidak.
“Faham?”
Ulang Sophia Ezara dengan lebih keras.
Habibah
masih diam.
“Huh!
You ni mengandung saja pun, takkan
jadi pekak pula?” Sindir Sophia Ezara.
“Saya
faham.” Sahut Habibah tiba-tiba.
Sophia
Ezara berpaling semula ke arahnya sambil menepuk tangannya.
“Hah!
Ada suara pun, taklah bisu you ni.”
Habibah
mengetap bibirnya,Keliru dengan perasaannya sendiri, perlukah aku marah?
Membenci perempuan ini? Perlukah? Dadanya sedikit berombak diasak dengan
pertanyaan-pertanyaan itu.
“Saya
faham, Qassif Daniel itu kekasih awak, akan hidup dan mati bersama awak, dan
saya sama sekali tidak berhak untuk merebut dia dari awak,” nafas dihela
dalam-dalam, Habibah cuba sedaya upaya untuk menahan sebak di dada, meskipun
jantungnya seakan-akan pecah dan air mata yang bertakung di tubir mata semakin
ebrat untuk menjurai turun.
Sophia
Ezara tersenyum puas, dia memaksa pandangan mata Habibah dialihkan sepenuhnya
ke arahnya.
“Saya
benar-benar faham cik Sophia, cik tak perlu nak tekankan hingga berpuluh kali,
saya sedar saya ini anak yatim piatu yang sekadar menumpang kasih di hati
Daniel, tapi…”
Habibah
mengangkat wajahnya, secalit senyuman dilemparkan.
“Tapi
cik Sophia juga kena faham sekiranya Daniel ada menyelitkan sedikit perasaan
kasihnya pada saya, saya tidak berdaya untuk menghalang itu dari berlaku.”
Senyuman
kepuasan di wajah Sophia Ezara hilang dengan serta merta.
“Kerana
perasaan kasih itulah saya mengandungkan anak Qassif Daniel sekarang,” suara
Habibah kedengaran agak tegas kali ini.
“Saya
sedia memikul tanggungjawab sebagai ibu kerana saya percayakan kasih sayang
Daniel yang tulus ikhlas untuk saya, tapi saya tak pasti pula perasaan Daniel
terhadap cik Sophia!”
“Hei!
Awak jangan cuba mencabar saya!”
“Saya
tidak mencabar, dan cik Sophia tidak perlu rasa di cabar pun, di antara kita
ada jurang yang begitu ketara, dan saya tidak ingin menandingi kehebatan cik
Sophia,” Habibah tidak tahu di mana dia dapat mengumpul kekuatan sebegitu,
namun dapat dirasakan begitu banyak benda dipendam didada yang ingin
dilampiaskan kepada buah hati suaminya itu.
“Nampaknya
you ni jenis yang sedar diri juga
kan?” Sophia Ezara menyoal dengan sinisnya.
“Ya,
saya sedar sangat diri saya ni cik Sophia, tapi saya berterima kasih
sangat-sangat dengan orang macam cik Sophia ni yang makin menambah kesedaran
dalam diri saya ni,” ucap Habibah dengan nada sebak.
“Saya
tahu ungkapan anak yatim juga ada maruah adalah biasa dan banyak di drama TV,
tapi saya nak juga bagitahu, sememangnya kami anak yatim piatu ini pun, memang
ada maruah dan tiada bezanya orang yang kaya raya macam cik Sophia, mungkin
hormat orang kaya seperti cik Sophia ini tidak ada untuk golongan seperti kami,
tapi percayalah, maruah kami bukan untuk dijual beli!”
Habibah
mengurut dadanya sebelum menyusun ayatnya yang seterusnya.
“Beginilah
cik Sophia, saya pun sudah penat dengan semua kejadian ini, saya ingin semuanya
ini berlalu jauh dari hidup saya, selepas melahirkan anak ini, saya akan
menuntut cerai dari suami saya dan cik Sophia boleh memiliki dia sepenuhnya,
saya… saya…” Habibah menahan sebak yang teramat, “Saya tidak akan berebut
dengan cik Sophia!”
Hbaibah
mengurut dadanya seketika.
“Dan
saya akan pulangkan segalanya yang menjadi milik Daniel, rumah ini dan semua
wang ringgit yang dia berikan kepada saya!”
Pada
saat itu air mata Habibah sudah tidak mampu ditahan lagi, menjurai-jurai turun
membasahi pipinya, tersedu sedan dia di sudut sofa, hatinya benar-benar hancur,
mengapa orang sering memandang serong terhadap anak yatim piatu sepertinya? Dia
juga ingin bahagia namun adakah kebahagiaan itu milik mutlak orang kaya seperti
Sophia Ezara?
Sophia
Ezara sekadar memandang Habibah dengan perasaan yang membeku. Nilai kelembutan
di dalam hatinya telah mati untuk wanita itu kerana disebabkan wanita itu,
Qassif Daniel telah berubah sama sekali, lelaki itu lebih banyak bermenung
daripada menumpukan perhatian dengan apa yang diperkatakannya, lelaki itu juga
sukar memberikan keputusan berkenaan majlis perkahwinan mereka kerana masih
dibelenggu dengan dirinya yang bergelar ‘suami orang’. Arghh!!
Qassif
Daniel tetap milik aku yang hakiki, aku tidak perlu bertolak ansur atau
bertimbang rasa dengan perasaan anak yatim ini. Hati Sophia Ezara semakin
membongkak. Dengan senyuman sinis kerana berjaya melemahkan Habibah, dia
mencapai beg tangan di atas meja dan melangkah laju ke arah pintu, pintu tetap
dibiarkan ternganga luas ketika dia melangkah keluar, bencinya pada wanita itu
memang tidak pernah wujud di dalamnya selama ini, pertama kalinya di dalam
hidupnya, dia membina kubu kebencian terhadap insan lain, yang lebih
menyakitkan hatinya, kubu benci itu adalah untuk seorang insan lemah yang tidak
berdaya seperti Habibah. Entah mengapa, Sophia Ezara tidak merasakan kemenangan
berpihak padanya.
RAYYAN
tercungap-cungap berlari ke arah pintu yang memang terkuak luas. Dia menoleh ke
belakang sekilas.
“Cepatlah!”
Jeritnya pada isterinya yang turut mengejar nafas berlari di belakangnya.
Farrah yang sudah pucat mengangkat tangannya memberi isyarat agar Rayyan masuk
dulu.
Tanpa
membuang masa, Rayyan mempercepatkan pecutannya, ditelinganya masih
terngiang-ngiang suara cemas Maya setengah jam yang lepas.
“Habibah
pengsan! I ada dirumah dia sekarang
ni! Cepat datang I tak tahu nak buat
apa!”
Perkhabaran
tersebut ternyata turut mengejutkan Farrah. Selepas menjemput Farrah
dipejabatnya, mereka terus memecut ke kondominium tempat tinggal Habibah.
“Apa
dah jadi?” Rayyan gigih menangkap nafasnya yang tercungap-cungap.
“Tadi
masa I sampai, pintu dah terbuka, I looked around and called for her name,
tapi senyap je until I saw her on the
sofa dah tak sedarkan diri!”
“Oh God!” Rayyan benar-benar risau.
“Apa
dah jadi ni? Bibah, Bibah! Come on Bibah
get up!” Farrah yang meluru masuk terus menerkam ke arah Habibah.
“Kita
kena bawa dia pergi hospital!” Rayyan memberi usul.
“Okey
apa I kena buat sekarang?” Maya
menantikan jawapan Rayyan.
“Telefon
ambulans,” ujar Rayyan.
“No!!!” Bantah Farrah.
Rayyan
dan Maya berpaling serentak ke arah Farrah.
"Takut
tak sempat,” Farrah kelihatan takut-takut. “But
I have a better idea!”
“What?” Soal Rayyan dan Maya serentak.
“Rayyan, carry her to our car. Maya, make sure the
house is locked!”
Rayyan
menepuk dahi, sama sekali tidak terfikir apa yang dicadangkan oleh isterinya,
pantas sahaja dia mengangkat dan memangku Habibah yang masih tidak sedarkan
diri. Maya bergegas bangun dan mencapai kunci rumah yang sedia tergantung
berdekatan pintu dapur.
Farrah
memandang keliling dan mencapai apa yang patut, beg tangan Habibah, telefon
Habibah. Eh? Sejak bila Habibah ada dua telefon? Tanpa berfikir panjang, Farrah
mencapai keduanya dan menyumbatnya ke dalam beg tangan Habibah. Dia terus
berlari pantas ke arah pintu kerana Maya sudah sedia menantinya untuk keluar
sebelum dia mengunci pintu unit kondominium itu.
Qassif
Daniel mencampakkan beberapa helai kertas bersaiz A4 ke tepi meja, hatinya
benar-benar rimas, Sophia Ezara siang malam asyik merengek meminta agar tarikh
perkahwinan ditetapkan dengan segera, Sophia Ezara tidak mahu sebarang majlis
merisik dan bertunang, dia ingin menikah terus.
Qassif
Daniel sebenarnya kebingungan, pujukan Datin Zubaidah sedikit sebanyak mempengaruhinya
juga, namun perasaan bersalah yang menebal terhadap Sophia Ezara dan
keluarganya turut sama menghantuinya kini.
Aku tidak patut bernikah dengan
Habibah! Bentak hatinya.
Tapi kenapa aku tidak pernah salah
bersalah menikahi wanita itu?
Adakah ini juga dinamakan cinta?
Bagaimana pula perasaan aku terhadap
Sophia Ezara?
Arghh kenapa kepala aku kusut sekali?
Helaian
kertas kembali dicapai, Melissa telah mencetak senarai nama teman dan kenalan
mereka yang dibuat khas oleh Sophia Ezara dan menghantarnya kepada Melissa
untuk diberikan kepada Qassif Daniel, sampak sangat kesungguhan Sophia Ezara
untuk berkahwin dengannya.
Tapi kenapa baru sekarang, kenapa wanita
itu tidak menerima sahaja lamaran aku masa dahulu?
“Ada
banyak benda lagi yang I kena
selesaikan dan fikirkan selain daripada soal kahwin!” Ketegasan Sophia Ezara
semasa menuturkan kata-kata tersebut masih terngiang-ngiang ditelinganya,
seperti baru sebentar tadi diucapkan oleh wanita itu.
Senarai
itu dikerlingnya sepintas lalu, Qassif Daniel tersenyum pahit, mengenangkan
peristiwa pernikahan kilatnya dengan Habibah yang hanya berlangsung di masjid
dan Cuma dihadiri oleh teman rapatnya, bahkan ahli keluarganya sendiri tidak
menghadirinya, sengaja dia memilih hari sewaktu keluarganya berada di luar
Kuala Lumpur, kerana dia pernah menganggap pernikahan itu hanya untuk mencapai
hasrat peribadinya dan demi kepentingan keluarganya juga, namun mengapa kini
pernikahan iu juga yang dikenangnya? Pernikahan itu juga yang sukar untuk
dilepaskannya?
Qassif
Daniel menyeluk saku seluarnya dan telefon bimbit dikeluarkan, mindanya hanya
teringatkan seseorang, dia perlu benar-benar berbincang dengan orang itu.
Cubaan
panggilan pertama tidak dijawab.
Qassif
Daniel terus mendail dan menunggu dengan tidak sabar.
Panggilan
kedua turut tidak dijawab.
Qassif
Daniel mencuba kali ketiga.
“Hello?”
Qassif
Daniel berdehem, nafas berat ditarik dan dihembus perlahan.
“Hello?”
Suara di hujung sana kedengaran agak cemas.
“Zara…
erm…”
“Daniel ke?” Suara dihujung sana tetap cemas.
“Ya,
Zara this is me Daniel, erm…”
“Hello
Daniel, cepatlah datang, kami kat Hospital Damai, Habibah pengsan dia masih tak
sedarkan diri, kami kat bahagian kecemasan!”
“What? Who is this?”
“Oh sorry Daniel, this is Farrah, Rayyan
dengan Maya pun ada sama, cepat Daniel!”
Talian
telah terputus.
Qassif
Daniel merenung kembali nombor dan empunya nama yang tertera di skrin telefon
bimbitnya, Sophia Ezara.
Kenapa
pula Farrah yang menjawab telefonnya?
Habibah
pengsan?
Jantung
Qassif Daniel berdebar-debar, lututnya longlai tiba-tiba, buat sekian lama,
kolam matanya mula panas.
___________________________
Saya tahu ramai di antara kamu yang inginkan cerita ini dipanjangkan hahaha...
terima kasih di atas keterujaan itu, tapi saya pun tengah bersengkang mata untuk menyiapkan novel ini, novel yang telah menjalinkan persahabatan sesama kita, harap bersabar ya, versi siap pasti akan menemui anda semua :)
Love always, muaahhhh.
bedebar2 rasa nk tau kesudahan nya..makin mncabar hiiii i likee <3
ReplyDeletekalau tumpuan pd novel ni saja tentu Sudah terlahirnya sebuah buku ya..... Tapi catatan yg lain tu tidak ke menganggu kelancaran utk menyudahkan novel ini?????? thk you for your. effort
ReplyDeleteTerima kasih Vel..menceriakan hari sy dengan n3 29..jeng jeng jeng ...arghhh mcm mane perasaan Qasif nnt klu tau Bibah ngandung anaknyer..
ReplyDeletevel...u mmgkan suka sgt2 buat mcm ni....next Friday lambat lagi tau....anyway thks for this entry....can't waiting for the continuation.....one more thing...I dah guna nivea after shower conditioner....mmg best...tq again
ReplyDeletevel, apa kata you beri kami bonus entry :) hehehehe.. tak sabar ni...
ReplyDeleteAduh xsbr sy... Puan penulis pnjgkn lagi n3... Hihihi :)
ReplyDeletethank vel sungguh2 teruja nak tahu ap perasaan qasif....tapi lambat lagi nak tugu jumaat.
ReplyDeletetak sabarnya....you suka buat suspen macam ni...ger..ger.. Bonus n3 please........
ReplyDeletemandak, bila mo terbit novel ni?
ReplyDeletetk dgn n3 baru, dan masih setia menanti sambungan untuk hari Jumaat yang akan datang...
ReplyDeletebest 3x.
ReplyDeletevel, mantener su buen trabajo con ganas de leer la nueva entrada
ReplyDeletehalo vel salam kenal, saya ibu tanti dari Indonesia, saya mengikuti jalan cerita novel yang kamu update kan, tapi saya di Indonesia, bagaimana saya bisa beli disini, nggak ada yang jual, padahal saya pengen membacanya sampe habis, khusus untuk saya penggemarmu dari Indonesia di updatekan di emailku kan, boleh nggak.....
ReplyDeletealahai tak jumpa lagi bibah dgn daniel... best tq vel
ReplyDeleteBuat jengkel penasaran... Betul2 ni writer mengotak atik perasaan reader
ReplyDeletebest citernya
ReplyDeletekena tunggu lagi la nampaknya
Best jalan citer ni...xsabar nk tgu next chapter..
ReplyDeleteSERONOK SANGAT BANYAK NOVEL INI...APE2 PUN TERIMA KASIH DENGAN KAK VEL SBB SANGGUP MENULIS NOVEL INI WALAU SIBUK DENGAN FAMILY AKAK...NNT AKAK JILID KAN NOVEL INI YE BARU SERONOK BILA BACA HEHEH...TERIMA KASIH...
ReplyDeleten3 baru punya pasal, tgh meeting pon aku cari gak...biar diorg meting sesama diorg, janji meting aku dgn bibah tak miss...huhu...thanks vel
ReplyDeleteWAHHHHHHHH!!!!!!! TAK SABAR NAK TUNGGU BAB SETERUSNYA... CEPAT SAMBUNG..
ReplyDeleteAiyak ! Anti klimaks ler pulak !!!! Geram nyeee saya kt cik writer !!!! Tak sabar tgu next n3....Cik Writer, cepat la upload next n3 !!!!!!
ReplyDeleteWahhhh best..best..sayang kamu vel..
ReplyDeletethis entry make me SO EXCITED for the next entry.can't wait!!
ReplyDeleteOnononono knapa Farah bgitau kat daniel hbis la klau dia tau bibah pregnant NO!!!???
ReplyDelete