Monday, March 10, 2014

Never a dry moment with NIVEA’s In-Shower Skin Conditioner



Kulit merupakan antara asset yang berharga bagi setiap wanita, kulit yang lembut, halus, gebu dan berseri adalah idaman setiap wanita. Di dalam menginjak usia, aset ini lebih terdedah kepada pelbagai sensitiviti kepada persekitaran dan meskipun kita hidup di negara tropika ini, ia tidak tidak menjamin kelembapan kulit yang berkekalan. Abnormaliti dan ketidak sempurnaan pada sistem imun badan manusia, akan menyebabkan kulit menjadi cepat rosak.

Saya mempunyai masalah kulit kering dan memang nampak kusam serta tidak bermaya, sekian lama mencuba pelbagai jenis losyen, namun kelembapan yang diimpikan hanya bertahan untuk seketika sahaja. Penggunaan losyen yang keterlaluan sepanjang hari pula mengakibatkan kulit saya melekit dan tidak selesa. Apabila saya tidak menggunakan losyen, kulit akan menjadi bersisik dan kering. Masalah kulit kering saya juga mendatangkan penyakit kulit gatal seakan-akan ekzema. Apabila digaru, akan meninggalkan bekas yang sungguh tidak cantik dipandang mata.

Sebagai wanita yang bekerja, saya terdedah kepada lebih banyak situasi yang mendatangkan kemudaratan terhadap kulit saya, cahaya matahari akan menyebabkan kulit saya menjadi lebih teruk, berkedut pada kadar yang lebih cepat, manakala penyaman udara juga cepat menghilangkan kelembapan kulit. Permakanan saya yang kadangkala tidak teratur juga menyebabkan aset ini tidak terpelihara sepenuhnya, saya sedar namun disebabkan kesuntukan di dalam mengejar masa, saya akhirnya memilih jalan untuk pasrah sahaja. Namun saya akur, gaya hidup yang sebegini lama-kelamaan akan menyumbang kepada kerosakan yang lebih teruk kepada kulit saya. Lebih-lebih lagi seorang ibu seperti saya, kadangkala tidak memikirkan sangat rutin kecantikan penjagaan kulit disebabkan komitmen yang lebih penting, faktor kemalasan dan main tangkap muat sahaja turut menyumbang kepada kesengsaraan kulit saya.

Penjagaan kulit kering adalah agak rumit, pencuci yang bersesuaian harus digunakan bukan sahaja pada raut wajah namun pada keseluruhan tubuh badan, pelembap yang sesuai juga harus digunakan untuk sentiasa memelihara kulit. Bagi saya, pelembap yang mudah digunakan dan tidak memerlukan kaedah yang sangat rumit adalah bonus terbaik untuk saya mengekalkan kelembapan yang cepat dan berpanjangan.

Saya terserempak dengan tidak sengaja akan Nivea In-Shower Skin Conditioner pada satu hari, produk ini agak unik kerana merupakan antara penemuan terbaik untuk kulit tubuh, seperti rambut yang memerlukan perapi selepas disyampu, tubuh badan yang disabun juga semestinya harus dibelai dengan perapi. Saya memilih untuk mencuba Nivea In-Shower Skin Conditioner tanpa was-was, kerana jenama kerabat produk ini juga terkenal di pasaran. Setahu saya juga, Nivea In-Shower Skin Conditioner merupakan perapi pertama untuk kulit tubuh, saya tidak pernah melihat perapi tubuh badan sebelum ini.



Dengan hanya 4 cara mudah:
1) Mandi dengan sabun mandian biasa anda dan bilas
2) Sapukan Nivea In-Shower Skin Conditioner pada keseluruhan badan
3) Bilas dengan air bersih
4) Anda boleh siap untuk mengenakan busana pilihan 

  
Nivea In-Shower Skin Conditioner ini diperkaya dengan vitamin E, dengan formula tidak melekit untuk megembalikan keanjalan dan kelembutan kulit bagi yang mempunyai masalah kulit kering, kasar dan kulit pecah. Rumusan biji anggur dan minyak avokado menjanjikan kulit yang lebih lembut dan berseri dalam tujuh hari. Kualiti produk ini dibuktikan melalui kajian yang diperakui dan kualitinya menjanjikan kesesuaian untuk kulit anda.



Saya mengamalkan penggunaan produk ini setiap hari dua kali sehari semasa mandi, dan saya gembira dengan hasil yang saya perolehi. Kulit saya menjadi lebih lembut dan licin serta anjal, dan kesan melekit juga tidak dirasakan lagi kerana saya semakin kurang mengenakan losyen, losyen hanya saya gunakan selepas mandi. Saya sukakan penggunaan yang ringkas ini iaitu hanya semasa mandi, Sungguh mudah dan mujarab terutama sekali kepada yang berkulit kering seperti saya.
 
Krim perapi ini sangat lembut dan tidak berminyak, tidak berbuih serta tidak mempunyai bau yang kuat, saksikan klip video ini untuk mendapatkan pengalaman yang luar biasa.

Dengan harga yang berpatutan pada Rm16.90 sebotol, Nivea In-Shower Skin Conditioner kini mendapat tempat di rak simpanan kamar mandi kami!

Anda juga tidak pernah terlewat untuk mendapatkan pengalaman berharga ini, katakan tidak kepada kulit kering, cubalah sekarang, belum cuba belum tahu.

Bukan hanya si ibu, bahkan anak saya turut menggemari Nivea In-Shower Skin Conditioner!

No comments:

Post a Comment