Friday, April 4, 2014

Isteri Kontrak :: Bab31




“BIBAH dah buat keputusan.”
Lembut bicara Habibah menenangkan hati mereka yang rusuh.
“Bibah membuat keputusan kerana tidak mahu terlalu hanyut dengan masalah yang membelenggu sekarang ini, dan Bibah mahukan sesuatu yang positif lahir bersama anak ini,” mata Habibah menunduk merenung perutnya yang kian membonjol, diusapnya lembut perutnya sendiri dan satu senyuman penuh kasih tersulam dibibirnya.
“Tapi sebelum Bibah bermula, Bibah memerlukan restu dari abang Rayyan, Farrah dan Maya, bukan setakat restu, tapi juga bimbingan dan juga pertolongan,” senyum Habibah semakin melebar.
“Kami sedia membantu Bibah, Bibah cakap saja okey?” Mata Farrah sudah mercerlung gembira, gembira dengan perubahan mendadak Habibah pagi ini, wanita itu nampak lebih bersemangat berbanding tiga hari yang sudah.
Thank God!” Maya berlari memeluk Habibah di birai katil. Pipi gebu wanita mengandung itu diciumnya bertalu-talu.
“Isk janganlah… Bibah tak mandi lagilah,” Habibah menolak lembut tubuh Maya. Maya tergelak besar.
“Bibah dah sedar…” Muka Habibah berubah menjadi sedikit serius, Rayyan merenungnya dalam, dia kenal Habibah, wanita itu memang kuat walaupun nampak lembut, dan wanita itu sebenarnya penuh dengan cita-cita untuk memperbaiki hidupnya. Habibah memang rapat dengannya semasa mereka di universiti dulu, dan dia tahu wanita itu pernah menarih hati padanya namun dia pandai menyembunyikannya, kerana simpatinya yang mendalam pada anak yatim itulah, dia sentiasa berada di sampingnya sehingga tamat penggajian. Tindakannya menghilang pada hari konvokesyen Habibah sangkanya akan berakhir macam begitu sahaja, tidak disangkanya takdir mempertemukan mereka semula, di dalam keadaan dan situasi yang berlainan, dan dia masih berada di sisi wanita itu untuk terus menyokongnya.
Rayyan melepaskan keluhan yang berat. Farrah yang berada di sampingnya segera menyikunya.
Rayyan mengangkat wajah memandang semula wajah Habibah yang agak keletihan, matanya sedikit sembap mungkin banyak menangis sebelum ini tapi wajah itu sudah sedikit segar berbanding beberapa hari yang lepas.
“Bibah nak restu untuk apa?”
Habibah melayangkan pandangan ke arah Rayyan yang nampaknya begitu berminat untuk mendengarkan rancangannya.
Satu senyuman lembut dilemparkan kepada lelaki itu.
“Bibah nak bekerja.”
“Bekerja?”
“Kenapa?”
“Bila?”
Habibah tersemyum lagi.
“Bibah, Bibah dapat interview appointment ke?” Farrah mengoncangkan tubuh Habibah membuatkan tubuh Habibah berhayun ke kiri dan kanan.
Habibah menggeleng perlahan.
“Dalam keadaan sarat ini juga ke Bibah nak bekerja?”
Habibah mengangguk.
“Bibah dah bosan asyik duduk termenung kat rumah,” Habibah mengeluh.
Rayyan mengangguk, faham dengan maksud Habibah.
“Bibah nak kerja sekarang?”
Habibah mengangguk.
“Lepas keluar dari hospital ni?”
Habibah mengangguk lagi.
“Di mana?”
Habibah tersenyum dengan soalan-soalan yang dilontarkan oleh Farrah dan Maya, bersilih ganti, Rayyan pula masih dengan sikap tenangnya.
“Bibah serius ke?” Farrah masih cuba untuk mempercayai Habibah.
“Iya, Bibah serius!”
“Bibah dah dapat kerja?”
Habibah menggeleng.
“Dah tu?” Maya menyampuk.
“Bibah nak kerja sendiri.”
Ketiga-tiga Rayyan, Farrah dan Maya saling berpandangan. Kerja sendiri?
“Maksud Bibah?”
“Bibah nak berniaga,” Habibah masih dengan senyum simpulnya.
“Bibah nak jual apa?” Rayyan merasakan dirinya agak bodoh dengan soalannya, tapi perasaan ingin tahunya sangat membuak-buak.
You nak jual orang ke?” Maya sedikit gusar, Farrah pula tertawa lucu dengan pertanyaan Maya.
Habibah turut tergelak besar, sungguh dia tidak menyangka idea itu datang dari Maya. Namun dia faham.
“Bibah tak ada hati nak jual baby ni lagi,” Habibah sedikit melawak sambil mengusap perutnya.
“Bibah dah rancang betul-betul ke?”
Habibah menoleh ke arah Rayyan dan menggeleng.
“Dah tu?”
“Bibah tak tahu lagi benda ni boleh ke tak.”
“Bibah boleh cuba dulu, bincang dengan kita dulu.”
Mata Habibah mencerlung kegembiraan.
“Memang Bibah nak minta tolong juga, maklumlah Bibah ni mana ada pengalaman langsung!”
Maya mendekati Habibah dan mengenggam tangannya erat.
“Tahniah Bibah, nampaknya you dah bergerak selangkah lagi ke depan.” Maya mencium pipi Habibah bertalu-talu.
Habibah tergelak sambil menahan geli. Maya segera menghentikan ciumannya sambil ketawa kuat. Habibah berpura-pura jijik dengan mengesat pipinya, menambahkan gamatnya ketawa Maya.
“Bibah cakaplah cepat, nak meniaga apa?” Farrah semakin tidak sabar.
“Okey… okey… macam ni,” semua mata kembali memandang tepat ke arah Habibah, Habibah menarik nafasnya panjang-panjang dan kepalanya mula mengatur perkataan-perkataan yang sesuai, satu per satu wajah-wajah di hadapannya dipandang.
“Bibah nak jual baju budak-budak!”
“Hah?” Farrah dan Maya sama melopong.
“Kenapa?” Habibah sedikit pelik dengan reaksi yang diberikan oleh kedua wanita di hadapannya.
“Nak jual secara online ke?”
“Online?
Farrah mengangguk.
“Jual melalui website, blog…” ujar Maya.
Habibah mengerutkan dahinya.
“Mungkin boleh juga begitu, tapi Bibah ada rancangan lain.”
“Huh?”
Habibah kembali tersenyum.
“Bibah nak buka syarikat yang akan mereka, menjahit dan mengedar pakaian kanak-kanak!”
“Hah?!!”
Giliran Rayyan pula melopong. Farrah dan Maya pula saling berpandangan. Habibah tahu perkara tersebut mesti mengejutkan mereka kerana terlalu jauh pada jangkaan mereka, semestinya!
Namun wajah Habibah ternyata menampakkan keterujaannya. Habibah menolak rambutnya ke belakang, membetulkan duduknya di birai katil.
“Bibah nak daftar syarikat, nak buka perniagaan sendiri, Bibah nak mulakan hidup baru, sekurang-kurangnya untuk bayi ini, kalaupun tidak untuk Bibah,” Habibah tunduk memegang perutnya, secara tidak langsung mengundang sebak di hati mereka bertiga.
“Oh Bibah… I am so proud of you!” Maya memeluk Habibah erat. Diikuti oleh Farrah sambil dipandang oleh Rayyan.
“Bibah benar-benar nak mulakan hidup baru, Bibah tak nak hidup di dalam ketakutan lagi,” ujar Habibah perlahan namun cukup jelas di pendengaran mereka bertiga.
Habibah turut membalas pelukan mereka.
Terdengar suara seseorang memberi salam dari luar dan pintu ditolak ke dalam, semua mata terarah ke pintu menantikan empunya suara memaculkan diri. Perbualan mereka terhenti sama sekali. Siapa pula yang datang melawat Habibah? Orang tersalah bilik kot.
Ketiga wanita itu meleraikan pelukan mereka, Rayyan menjawab salam tersebut. Pintu dikuak perlahan. Sesusuk tubuh tinggi melangkah masuk. Semua mata terarah ke arah empunya tubuh.
Rayyan terus berdiri.
Farrah mengecilkan matanya, sedikit keliru.
Maya membeliakkan mata, mulutnya terngaga luas, dagunya pasti mencecah lantai kalau mulutnya tidak dicekup oleh tangannya sendiri.
Habibah terkesima, dia memegang rambutnya yang agak kusut, menggosok-gosok muka dengan pantas dan memperbetulkan duduknya. Adakah aku bermimpi?
Berdiri di depan pintu adalah seorang lelaki yang keras kepala, lelaki yang mempunyai ego yang tinggi, lelaki yang telah mempergunakan kehidupan seorang wanita lain, lelaki yang sanggup mengkhianati persaudaraan untuk kepentingan peribadi, namun dia adalah lelaki yang amat dirindui oleh Habibah.
“Apa khabar?”
Kesemua mereka di dalam bilik itu masih lagi tidak bersuara kerana terperanjat.
Qassif Daniel mula berasa serba salah.
“Kau buat apa kat sini?” Keras nada suara Rayyan memecah keheningan akhirnya.
Qassif Daniel tidak menjawab, sebaliknya matanya terpaku pad wanita yang duduk di birai katil itu, wanita itu kelihatan banyak berubah, raut wajahnya memperlihatkan seolah-olah dia menanggung derita yang berat, wajah itu kelihatan sendu dan amat redup sekali.
Matanya merayap ke perut wanita itu dan jantungnya seakan-akan berhenti berdegup. Wanita itu juga kelihatan serba salah dan tidak terkata apa-apa.
Habibah mengandung? Anak aku kah?
Pandangan Qassif Daniel terarah ke arah Rayyan pula, sepupunya itu seperti hendak menelannya sahaja.
“Boleh tinggalkan kami?” Pinta Qassif Daniel.
Rayyan memandang Habibah, Habibah mengangguk lemah.
“Kami akan berada diluar,” hanya itu yang mampu diperkatakan oleh Rayyan, dia sedar, Qassif Daniel tetap suami Habibah dan dia berhak ke atas diri wanita itu.
Rayyan, Farrah dan Maya melangkah keluar, Maya yang terakhir sekali meninggalkan mereka sempat memandang ke arah Habibah dan menghadiahkan satu senyuman bermakna, sebelum dia menutup daun pintu.
Qassif Daniel melangkah perlahan ke arah Habibah, tanpa dijemput dia menarik kerusi yang tadi diduduki oleh Rayyan, kerusi dirapatkan ke tepi katil dan Qassif Daniel melabuhkan punggungnya.
Habibah mengangkat wajahnya, memberanikan diri memandang seraut wajah yang dirinduinya siang dan malam. Hatinya tiba-tiba menjadi sebak namun Habibah berkali-kali mengingatkan dirinya untuk tidak menangis di depan lelaki itu. Ingin sahaja dia memeluk erat suaminya namun dia tahu, dia tidak layak untuk lelaki itu, wajah Sophia Ezara segera melintasi kotak fikirannya,  Habibah jadi menggelabah.
“Awak okey ke?” Qassif Daniel bertanya dengan suara yang agak bergetar.
“Saya… saya baik…” Habibah masih berusaha menahan air matanya.
“Perut awak…” Suara Qassif Daniel terhenti di sana.
Habibah tergelak lembut sambil memegang perutnya, “dah nak masuk enam bulan pun, lama kita tak jumpa.”
Giliran Qassif Daniel terkesima, perlukah perasaan serba-salah itu hadir sekarang? Jauh di sudut hati dia dapat merasakan gelodak hati nurani seorang yang bakal bergelar ayah. Peliknya perasaan itu dan ternyata Qassif Daniel amat terkejut dengan perkhabaran itu.
“Saya okey, awak tak perlu risau,” Habibah berusaha untuk ketawa, menyembunyikan dukanya.
“Saya harap awak benar-benar okey, lagipun ramai yang ambil berat pasal awak kan? Hari-hari ke mereka datang?”
Habibah faham sebenarnya Qassif Daniel lebih merujuk kepada seorang sahaja.
“Siapa mereka? Atau awak cuma tanyakan Rayyan?” Habibah menguji, sekurang-kurangnya soalan itu boleh menyisihkan duka di hati.
Qassif Daniel tersenyum mengejek. Sakit hati mula bersarang di hati Habibah, tapi sekurang-kurangnya lebih baik dari berasa sedih dan duka.
“Awak dah berubah.”
Giliran Habibah ketawa.
“Saya tak pernah berubah.”
“Adakah kerana pengaruh bekas abang angkat awak tu?”
Habibah merenung Qassif Daniel dengan tajam, adakah dia punya hati?
Qassif Daniel turut membalas renungannya, adakah kau masih menyimpan hati pada Rayyan?
“Hati saya bukan pada Rayyan.”
Qassif Daniel tersentak. Wajah Habibah ditenung lama.
“Kalau awak nak tahu hati saya, hati saya hanya ada bayi ini, pada masa depannya dan saya amat menantikan kelahirannya.”
Qassif Daniel dapat merasakan kelat air liur yang ditelannya. Akhirnya dia mengeluh sendiri.
“Saya minta maaf, tapi awak tak perlu risaukan kami, awak teruskanlah segala perancangan awak, saya tahu siapa diri saya, cuma…” Habibah menahan nafas seketika, tangannya mengusap lembut perutnya, “Cuma saya harap awak akan beroleh kehidupan yang menggembirakan awak, awak akan bahagia dengan pilihan awak kan?”
Qassif Daniel mendiamkan diri. Apa pilihan yang aku ada?
“Saya nak awak tahu yang saya tidak pernah berpura-pura dengan awak, atau mempermainkan dan membelakangkan awak,” Habibah nampaknya ingin memuntahkan segala yang terbuku di hatinya.
“Apa maksud awak?”
“Saya ikhlas menjadi isteri awak pada saat awak melamar saya, bukan kerana wang ringgit yang awak taburkan.”
Qassif Daniel mengetap bibirnya. Hatinya seakan-akan pecah seribu, adakah ini pengakhirannya?
“Saya tidak akan ceraikan awak Habibah!”
“Ambillah masa selama mana yang awak nak Daniel, saya sudah tidak kisah…” Habibah memujuk hatinya.
“Saya tidak akan sama sekali ceraikan awak…”
“Tapi bakal isteri awak mahukan awak seorang, dan mahu statusnya sebagai isteri awak satu-satunya.”
“Saya berhak!”
“Saya tahu, awak sangat berhak dan mampu…”
Qassif Daniel bangkit dari tempat duduknya, susuk tubuhnya yang tinggi menggetarkan jiwa Habibah, lelaki itu memang tampan dan mempunyai karisma yang tersendiri, wanita picisan seperti aku memang tidak layak untuknya, getus hati kecil Habibah.
“Saya kena pergi sekarang.”
Habibah mengeluh di dalam diam. Mahu sahaja dia menarik Qassif Daniel ke dalam pelukannya. Namun lelaki itu teramat dingin.
“Baiklah…” Habibah tahu dia tidak ikhlas untuk ditinggalkan sekali lagi. Berpeluang lagikah dia menemui lelaki itu?
“Ini…” Qassif Daniel menghunjukkan sampul bewarna kuning coklat kepadanya.
Habibah mengangkat wajahnya, Qassif Daniel sekadar mengangguk tanpa senyuman diwajahnya. Entah mengapa Habibah berasa berat hati, namun dikuatkan juga untuk menerima sampul tersebut.
“Borang kebenaran untuk berpoligami, saya harap awak akan baca, sediakan segala dokumen yang diperlukan dan awak akan bersetuju!”
Hampir sahaja Habibah terjerit, dengan tangan yang terketar-ketar, sampul itu diletakkan di penjuru katil, wajarkah borang itu diberikan sekarang? Tidak bolehkah mereka bersabar sehingga anak ini dilahirkan? Habibah kembali mengundang duka.
“Kami akan bernikah tidak lama lagi,” Qassif Daniel seolah-olah telah menjatuhkan hukuman berat di dalam hidup Habibah? Wanita mana yang sanggup bermadu, lebih-lebih lagi dalam situasi dirinya yang sarat mengandung.
“Saya akan menghantar orang untuk mengambil borang ini dengan dokumen lengkap dari awak nanti, saya akan telefon.”
Habibah terasa kepalanya seperti berpusing, namun tanpa disedarinya bibirnya menguntum senyuman sambil kepalanya mengangguk lesu. Wajah tegang Qassif Daniel masih lokek dengan senyumannya.
“Awak jaga diri, dan juga kandungan awak.”
Kandungan awak? Kenapa susah sangat kau nak cakap anak kita Daniel? Sekurang-kurangnya hati aku tidak lagi perit, aku akur dengan perasaan kau terhadap aku tapi takkan anak ini juga kau nafikan?
Qassif Daniel mulai mengorak langkah, Habibah mengekori setiap langkah suaminya dengan  ekor mata. Pergilah Daniel, pergilah jauh-jauh, jangan kau sama sekali berpaling pada perempuan malang ini, semoga kau bahagia selalu, pergilah kepada dia yang begitu hendakkan kau, aku memang tidak layak untuk kau.
Oh Tuhan pedihnya saat ini, koyaknya hati ini, gugurnya jantung ini, kuatkanlah aku di dalam kelimpahan-Mu ya Tuhan.
Pintu bilik sudah tertutup rapat.
Air mata Habibah tidak dapat dibendung lagi. Menangislah wahai hati, meranalah wahai jiwa, kerana selepas ini, aku tidak akan biarkan kamu terseksa lagi.
 [Bersambung]


__________________

Buat semua pembaca, saya akan menerbitkan beberapa bab sahaja lagi dan selepas itu novel ini terpaksa "dibekukan" seketika untuk memberi laluan kepada pengeditan dan penyiapannya okey.

Sokongan anda semua amat saya perlukan, dan kesabaran anda amat saya hargai.

17 comments:

  1. sooooo good jgn lama Sgt utk diterbitkan ya..... nanti termimpi2 dgn bibah...... love it yg pertama

    ReplyDelete
  2. beginikah pengakhiran sebuah perkahwinan Bibah? kesiannya Bibah, tak apelah Bibah teruskan
    hidup dgn hati yg tabah. Kenapa Qasif begitu kejam ye, kalau dh tak suka kat Bibah lepaskan jelah
    dia mungkin Bibah akan bertemu dgn org yg lebih baik lagi. Jgn akhirnya Qasif Daniel pula yang
    terhegeh hegeh kat Bibah.

    ReplyDelete
  3. knpe daniel jht sgt???? kesian bibah...huhuhu
    kak vel jgn lme sgt tau bukukan ...nnt rndu kat bibah....

    ReplyDelete
  4. Knp daniel jahat sangat nih?! Waduhhh sakit hati ! Tolong la jgn kawin dgn perempuan tu... Kesian bibah T.T

    ReplyDelete
  5. eeeeiiii...gerammnye...kalo i jadik bibah dh kne tampar dh si daniel ni..ishhhhh...

    ReplyDelete
  6. Jgn lupa bg th ye bl dh terbit.... Xsbrnya....

    ReplyDelete
  7. kerasnya hati daniel.semoga bibah terus sabar dan tabah.

    ReplyDelete
  8. Kesian nye bibahhh.. :'( xsabar nk tggu nxt n3.. Cepat2 yea crita ini dbukukn.. :)

    ReplyDelete
  9. QD why so heartless???!!! Kesian bibah :"( hope this novel will be coming out real soon!

    ReplyDelete
  10. Sob...sob...sob...kesian bibah..
    vel kenapa la buat jantung ku bergetar ni....

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. saya harap endingnya berpihak kpd habibah........

    ReplyDelete
  13. vel bila nak keluarkan buku... nanti info ya...

    ReplyDelete
  14. Terima kasih semua, maaf tidak dapat balas komen satu per satu, apa yang boleh saya katakan, saya akan usahakan utk siapkan manuskrip ini, dan tolong doakan agar pihak penerbit mahu menerbitkannya, boleh kan?

    ReplyDelete
  15. vel buku dikeluarkan bila ? ada lagi ke entry sebelum dibekukan? coz sudah jatuh cinta dengan jalan cerita nie.......org cakap love at first sight..he!he! mesti ada yang akan lamar buku you untuk diterbitkan nanti vel....try alaf21,penulisan 2u,pendek kata banyak lagilah.....gud luck ya!!! ;)

    ReplyDelete