Thursday, May 15, 2014

Isteri Kontrak :: Bab 37

Salam damai semua.
Hari ini kita melangkah dengan Bab 37.

Saya semakin excited dengan novel ini, you have no idea on my wishes on this baby. Tears, laughter, frustration, excitement... all sorts of emotion bercampur aduk.

Good news, as I am at the stage of drawing the finishing line, my first baby, 100% generated from a small brain that given to me by The Almighty, and I thank to each and everyone of you my dear readers, who have been there to give me supports, ideas, love (hehe... tapi betul, I feel loved!) and sometimes frustration too hahaha... (not all but adalah tu), you guys are truly awesome. Some of you may be my colleagues, hello SD :) Some of you happened to be my contacts from other organisations yang always deal over the phone, yes this is Velarie =D, some of you happened to be my church friends, sharing the same belief and faith, some of you just happen to be my news friends, my virtual friends and some of you are just like dejavu, sending me emails like we have known to each other for a long, long time. Isn't beautiful?

My beautiful readers, next week I will publish as usual on Friday, but that will be the last chapter in this blog. Don't be sad tapi bersabarlah k... Manuskrip penuh akan dihantar untuk dinilai oleh pihak penerbit, and I hope the publisher will give me the space, the opportunity that I have been longing for. 

Again, please be with me, your doa and of course support, do visit me again and again for a great news that shall be shared together ya.

I love you all.

--------------------------------------




DADDY minta maaf Bibah.”
Habibah tunduk tidak berkata apa-apa.
“Bukan daddy sengaja menjauhkan diri atau pun tidak suka pada Habibah. Tapi daddy kalut dan sedikit terkejut dengan perkahwinan kamu.”
Habibah tetap memilih untuk membisu. Datuk Mansor melepaskan keluhan berat.
Perasaan segan.
Perasaan malu.
Perasaan kecewa… mungkin ada terselit sedikit.
Perasaan marah… erm mungkin sedikit.
Rasa tidak suka… pun ada sedikit.
Tidak biasa.
Perasaan hormat.
Perasaan kalut.
Memang Habibah segan! Jawapan terbaik kepada kebisuan Habibah.
“Bibah…”
Habibah memberanikan diri untuk mendongakkan kepalanya. Dihadapannya dialah seorang tokoh perniagaan yang disegani ramai. Sebenarnya hatinya memang mempunyai perasaan hormat terhadap lelaki yang duduk bertentangan dengannya itu, kerana syarikat lelaki itulah dia berjaya memegang segulung ijazah dan melunaskan impian untuk belajar di menara gading suatu ketika dahulu, impian besar seorang anak yatim direalisasikan sepenuhnya oleh syarikat milik Datuk Mansor.
“Saya yang banyak menyusahkan keluarga Datuk, saya patut dipersalahkan dan saya patut menebus kesalahan saya,” ucap Habibah sedikit bergetar.
“Kesalahan? Kesalahan apa yang Habibah nak tebus?”
Seorang pelayan datang menghantar pesanan mereka, perbualan mereka terhenti dan memberi laluan kepada si pelayan membuat kerjanya. Sebaik sahaja pelayan berganjak pergi, Datuk Mansor memandang Habibah semula.
Betul kata Datin Zubaidah, wanita itu sebenarnya cantik dan menawan, tiada bezanya dengan Sophia Ezara, masing-masing ada kelebihan tersendiri. Tapi, Habibah kini nampak lebih berseri, mungkin kerana pembawaan budak.
Aku bakal menimang seorang cucu lagi!
Benak Datuk Mansor beronak gembira tiba-tiba, pada masa yang sama, terharu dan agak sedih dengan kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Habibah, tiada perasaankah dia? Atau mungkin dia bijak di dalam menyembunyikan perasaannya.
Datuk Mansor berdehem apabila menyedari sepasang mata milik Habibah merenungnya tajam. Datuk Mansor segera melarikan matanya, dia memang tidak berniat untuk memberikan perasaan yang kurang senang dengan menantunya itu tapi dia hanyut dengan monolog sendiri.
Erm… menantu?
Datuk Mansor dapat merasakan hatinya tersenyum, dan dia senang dengan perasaan itu. Inikah perasaan yang disembunyikan selama ini? Dia tidak dapat menipu dirinya sendiri apabila hatinya lebih merelakan Habibah menjadi menantunya dan bukannya anak tunggal Tan Sri Adnan Hashim. Alangkah baiknya kalau dia menyedari dari awal perkahwinan mereka, Datuk Mansor mendengus lemah.
“Datuk sihat kah?”
Datuk Mansor tersenyum tipis, “Saya sihat, dan tak usah nak berdatuk-datuk dengan saya Bibah, Bibah kan anak menantu saya, Bibah tahu kan Daniel panggil saya dengan panggilan apa?”
Habibah mengangguk, mukanya merah padam.
“Cuba Bibah sebut panggilan itu.”
Habibah memandang lembut wajah lelaki di hadapannya, hatinya tiba-tiba berombak gembira, dia tersenyum sedikit.
“Cuba sebut Bibah.”
Habibah melopongkan mulut, perasaan segan kian gagah menguasai. Datuk Mansor memahami keadaan itu. Seumur hidup Habibah, mungkin dia tidak pernah memanggil dengan panggilan ayah, abah, papa ataupun daddy, sudah tentu janggal bagi anak itu, hati Datuk Mansor berdetik simpati.
It’s okey Bibah, cuba sebut dengan perlahan, daddy, okey?”
Oh Tuhan bukalah ulas bibirku untuk menyebut perkataan yang tidak pernah aku sebut selama ini, kerana aku tidak mempunyai insan yang bergelar ayah di dunia ini. Oh Tuhan kenapa mesti dengan perkataan itu, kenapa mesti pada saat ini? Kenapa dan mengapa!
Arghhh!!!
“Da… da… daddy!”
Fuh!!! Leganya… Habibah menarik nafas dalam-dalam.
Datuk Mansor tertawa lucu. Habibah secara otomatik juga melontarkan tawanya, suasana menjadi ceria secara tiba-tiba, seolah-olah sepasang anak-beranak yang seronok bergurau senda.
“Terima kasih Bibah…” suara Datuk Mansor berubah tiba-tiba, seakan-akan sedih.
“Untuk apa Datuk? Err… maaf maksud Bibah, err daddy?” Habibah tergagap-gagap.
“Terima kasih kerana maafkan saya.”
“Datuk… err daddy tak bersalah apa pun!”
Datuk Mansor tersenyum kelat.
“Sungguh daddy, daddy dan keluarga daddy tak bersalah walau sekecil zarah, Bibah yang bersalah kerana memberikan masalah kepada keluarga daddy.”
Daddy kesal dengan perbuatan Daniel!” Rungut Datuk Mansor.
“Jangan salahkan Daniel, dia tidak bersalah…” Habibah ingin menolak jauh-jauh segala tuduhan ke atas Qassif Daniel, sebab dia tidak mahu hatinya terluka kerana lelaki itu, Qassif Daniel cuma melakukan apa yang sepatutnya berdasarkan perjanjian mereka, sekiranya mereka mahu mempersalahkan seseorang, orang itu adalah dia, Habibah sendiri!
“Daniel memperlekehkan hidup Bibah, itu tak bersalahkah?” Cemuh Datuk Mansor, nampak sangat orang tua ini kesal dan kecewa dengan tindakan anak lelakinya.
“Daniel tidak memperlekehkan hidup Bibah, malah dia banyak membantu Bibah,” Habibah menundukkan kepalanya.
“Pada daddy, dia mempergunakan Bibah!”
“Tak…” Habibah menggeleng-gelengkan kepalanya, “Dia tidak gunakan Habibah, mungkin… mungkin Bibah yang gunakan dia.”
“Maksud Bibah?”
Habibah memandang bapa mertuanya sekilas dan melemparkan senyum paksa.
“Bibah ingin lari dari kehidupan lampau, jadi Bibah ingat jika berkahwin dengan sesiapa pun yang boleh dipercayai, Bibah boleh terus mengharungi hidup ini.”
Habibah sesungguhnya jujur. Memang itulah yang berlaku pada suatu ketika dahulu, ketika dia diamuk perasaan kecewa dengan tindakan Rayyan, dan pada saat Qassif Daniel yang tidak dikenalinya itu melamarnya, hatinya mempercayai keikhlasan lelaki itu, dan dia mahu melangkah lebih jauh di dalam hidupnya.
“Bibah lama ke kenal dengan Daniel?”
Habibah menggelengkan kepalanya.
“Hanya setengah jam sebelum dia melamar Bibah, tapi entah kenapa Bibah begitu percayakan dia, mungkin sudah tersurat jodoh kami.”
“Setengah jam?”
Habibah menganggukkan kepalanya.
“Kenapa Bibah boleh percayakan dia?”
Habibah memandang wajah bapa mertuanya sekali lagi sambil tersenyum manis, senyumannya kali ini lebih manis dan menyakinkan.
“Tiada orang yang akan melawat rumah anak yatim dengan niat yang tak baik.”
“Maksud Bibah?”
“Kami berjumpa di rumah anak yatim, di mana tempat Bibah tinggal suatu ketika dulu,” terang Habibah sambil tersenyum, sinar matanya berbunga girang.
“Daniel melawat rumah anak yatim?”
Habibah mengangguk, sedikit pelik kerana inissiatif melawat rumah anak yatim itu adalah sebahagian daripada projek kebajikan anjuran syarikat milik Datuk Mansor.
“Kamu berjumpa di sana?”
Habibah mengangguk sekali lagi.
“Bagaimana pula dia boleh terus melamar Bibah?”
Dahi Habibah sedikit berkerut, dia sendiri tidak mempunyai jawapan yang pasti untuk itu. Namun dia masih ingat dengan jelas, ketika Qassif Daniel menyambut nasi yang disenduknya, lelaki itu memegang lengannya dan melamarnya, nyaris terlepas pinggan di tangan, namun tanpa syak wasangka, Habibah menganggukkan kepalanya pada saat itu.
Habibah tersenyum pahit mengenang memori perkenalannya dengan suaminya yang disayanginya itu.
“Bibah? Bagaimana pula Daniel boleh melamar Bibah kalau baru berjumpa?”
Habibah tersentak. Straw yang menari-nari di celah jarinya terus dilepaskan.
“Bibah tak pasti yang itu daddy,” akui Habibah jujur.
Datuk Mansor melepaskan keluhan dan menyandarkan diri menyentuh belakang kerusi. Misteri pernikahan Qassif Daniel dan Habibah terungkai sedikit, walaupun dia arif dengan motif perkahwinan mereka namun dia tidak pernah bertanya tentang sejarah perkenalan mereka. Tapi Qassif Daniel bukan seorang yang cepat membuat keputusan terburu-buru, mesti ada sesuatu pada Habibah yang mencuri tumpuannya, meskipun hanya sedetik melihat Habibah, mesti ada sesuatu di dalam Habibah yang menyentuh hati Qassif Daniel.
Habibah oh Habibah, mesti kau bukan calang-calang orangnya. Itulah kesimpulan yang mampu dibuat oleh Datuk Mansor. Tapia da satu perkara yang lebih penting yang perlu dia ajukan pada Habibah, dia tidak akan melepaskan peluang itu kali ini, nasib wanita itu perlu dibela dan wanita itu memerlukan penjagaan dan perhatian dari ahli keluarga, dan wanita itu kini menjadi sebahagian daripada keluarga mereka kini.
“Bibah,” Datuk Mansor berdehem lagi.
Habibah tersenyum sedikit lucu dengan perangai suka berdehem bapa mertuanya. Datuk Mansor yang tidak mengerti senyuman itu turut membalasnya dengan senyuman juga.
Daddy tidak tahu samaada Bibah suka atau tidak, tapi…” Datuk Mansor memperbetulkan duduknya, sedikit canggung dengan dirinya sendiri pada ketika itu.
“Kenapa daddy?” Habibah pula yang mula berasa selesa dengan perhatian oleh bapa mertuanya, sesuatu yang tidak pernah diduganya. Walaupun begitu, ungkapan daddy itu masih juga janggal pada sebutan dan pendengarannya.
“Daddy dah berbincang dengan mommy, kalau Habibah sudi, kami mahu Habibah tinggal bersama kami!”
Dam!!!
Habibah tersentak.
“Tapi… kenapa?”
Datuk Mansor sekadar tersenyum.
“Bukankah kita satu keluarga? Lagi pula Habibah tengah sarat mengandungkan cucu kami, jadi menjadi tanggungjawap kami sebagai keluarga Habibah untuk menjaga Bibah kan?” Lembut sahaja bicara Datuk Mansor, memang bernada memujuk.
Habibah mula tidak senang duduk.
Perlukah aku tinggal dengan mereka? Bagaimana kalau selepas bersalin nanti aku dihalau oleh mereka dan anak aku dirampas? Aku bertahan pun sebab kerana anak ini sahaja. Guman Habibah di dalam diam.
“Bibah?” Datuk Mansor mula menyedari perubahan wajah Habibah.
“Bibah rasa… Bibah lagi senang macam sekarang ni,” Habibah bersuara perlahan.
Datuk Mansor sedikit kecewa.
“Tapi dengan keadaan Bibah ni bahaya nak, Bibah perlukan orang lain juga takut kalau jadi apa-apa.”
Habibah mengeluh. Ada betulnya cakap Datuk Mansor.
“Sebenarnya…yang sebenarnya Bibah tak bersedia lagi untuk pindah ke rumah…rumah…”
“Bibah!” Datuk Mansor laju mencantas, “Tolong jangan anggap kami sebagai orang asing lagi, kamu juga keluarga Bibah kan?”
Untuk berapa lama lagi? Hati Habibah berbisik sayu.
“Beri kami peluang untuk menjaga Bibah, menjadi orang tua Bibah dan menjadi sebuah keluarga.”
Permintaan itu terlalu berat. Menjadi satu keluarga? Adakah ruang untuk aku di rumah itu, di dalam hidup mereka?
“Beri kami peluang untuk menebus kesilapan kami.”
Habibah tergamam. Kesilapan?
“Kami memang bersalah terhadap Bibah…” suara Datuk Mansor kian mengendur.
“Datuk…erm… daddy…”
“Bagi kami peluang untuk tebus kesilapan, kalau pun bukan semua…”
Habibah kembali terdiam. Dia kembali menilai kata-kata Datuk Mansor. Tapi semuanya hadir secara tiba-tiba, dia tidak ingin mengusutkanb fikirannya.
“Bibah tahu kan? Dua bulan lagi mereka akan menikah, kami tidak mahu Bibah lagi tertekan…”
“Hah?!!” Habibah terlopong. Jantungnya serasa ingin berhenti berdegup. Dia tahu Qassif Daniel ingin memperisterikan Sophia Ezara tapi perlukah sepantas ini?
Datuk Mansor mula kaget, tidak tahukah dia?
“Datuk, hey buat apa kat siniu?”
Serentak Datuk Mansor dan Habibah mendongak. Seraut wajah yan gpernah dilihat oleh Habibah namun tidak dikenalinya sedang berdiri berdekatan Datuk Mansor sambil tangannya diletakkan di bahu Datuk Mansor, senyuman lelaki itu jelas menunjukkan keakraban mereka. Habibah menguntum senyuman ikhlas, pasti kawan itu bapa mertuanya.
“Tan Sri…” lemah dan terkejut sahaja suara Datuk Mansor.
“Apa pula nak panggil Tan Sri lagi,” ujar lelaki itu sambil ketawa besar, tangannya menepuk-nepuk bahu Datuk Mansor, “Bakal besan tak elok lah panggil macam tu.”
Lagi satu kejutan buat Habibah, senyuman di bibir terus hilang, wajahnya menjadi pucat secara tiba-tiba. Datuk Mansor yang tidak berupaya mengawal keadaan bertambah kaget. Dengan senyum terpaksa dia berdiri menghadap Tan Sri Adnan Hisham, tangan lelaki itu dijabatnya.
Staff you ke?” Soal Tan Sri Adnan Hisham.
Datuk Mansor menggelengkan kepala, dia tidak ingin menipu tapi bukan juga masa yang sesuai untuk memperkenalkan Habibah. Datuk Mansor pantas berpura-pura mengerling pada jam tangannya.
“Eh Datuk ada appointment lain ke? Ingatkan nak ajak lunch sama.” Tan Sri Adnan Hisham beriya-iya.
“Lain kali saja Tan Sri, kami memang mengejar masa.”
Tan Sri Adnan Hisham tergelak besar.
“Saya faham, saya faham…” ujarnya di hujung tawa.
Datuk Mansor memanggil pelayan dan menyelesaikan bil minuman secepat mungkin, tanpa menunggu baki duit dia terus berdiri. Habibah hanya menurut. Jiwanya kembali kosong, dia juga cepat-cepat beredar.
“Minta maaf Tan Sri, enjoy your lunch!”
Habibah menunduk hormat dan melangkahkan kakinya, Datuk Mansor berjabat tangan sekali lagi dengan Tan Sri Adnan Hisham. Selepas mengucapkan selamat tinggal, Datuk Mansor menuruti langkah Habibah.
Tan Sri Adnan Hisham memandang pelik, wajah wanita itu macam pernah dilihatnya, air muka wanita itu menimbulkan rasa yang agak kurang senang di dalam hatinya. Lagak Datuk Mansor yang serba tidak kena menambahkan lagi persoalan di hatinya.
Apa pertalian yang ada di antara wanita itu dengan bakal besannya?
[Bersambung]

-------------------------
Happy Friday everyone!
God bless.

18 comments:

  1. Huhuhuhuhu..... Cepatla jadi novel....i nak booking satu copy

    ReplyDelete
  2. awesome....xsabar nk tunggu novel....semoga semuanya bjln dgn lancar

    ReplyDelete
  3. Adoii.... Jd tanda tanya... Cpt2 terbitan... Xsabar sggh sy... Vel teruskn berkarya....

    ReplyDelete
  4. Vel mcm nie nak nagis pun xsempat....... sob3

    ReplyDelete
  5. Smg cepat2 laaa diterbitkan.. Confirm beli nih.. Huwaaa x sanggup nk tggu

    ReplyDelete
  6. x sbr nk tggu manuskrip...kak vel TERBAIK...!

    ReplyDelete
  7. x sbr nk tggu manuskrip...kak vel TERBAIK...!

    ReplyDelete
  8. bestnyee!!!!!!!xsabar..nak tunggu n3..hehe

    ReplyDelete
  9. Vel...bestnye... tk sabar nk tunggu next entry....
    Rasa lmbt plak nk tnggu next friday...l hurmm

    ReplyDelete
  10. Aduh vel teruskan ke bab 40 ya...... lepas tu bolehlah tunggu novelnya ya thank you n in love with Bibah

    ReplyDelete
  11. Alaaaa vel baru nak touching....jd ye vel bibah tinggal dgn mertua dia...plzzzzzz
    pape pun besttttt sngttt....

    ReplyDelete
  12. Kak cepat2 le siapkan buku nie x sabar nk habiskan nie. apalah jadi nye ngn Habibah nnti ??? :D

    ReplyDelete
  13. tak sabarnye nak tunggu dibukukn..:)

    ReplyDelete
  14. seronoknya terima kasih kerana menulis cerita ni dengan baik....tp saya x sabar nak baca cerita ini hingga habis...saya jg b'harap ada pihak yang snggup drama kan cerita ini suatu hari seperti mn cerita2 dr novel sekarang yg banyak d drama kan....

    ReplyDelete
  15. tak sabar nk tgu apa berlaku sterusnya...

    ReplyDelete