Friday, April 3, 2015

Bibah ohhh bibah

Hai somua....

1) Berita baik kepada semua termasuk diri saya, saya dan team saya (termasuk hubby, charm-charm & charlize) akan bekerjasama untuk menerbitkan novel Isteri Kontrak.

2) Buat masa ini, novel ini telah siap ditulis (dari tahun lepas) dan telah melalui proses penilaian yang terrrrrrrlalu lama. Tidak apalah mungkin rezeki setiap penulis (bakal penulis) adalah berbeza bah kan?

3) Manuskrip novel ini tengah diedit (saya cari editor sendiri...)

4) Manuskrip ini akan menjadi 'self published' novel.

5) Harga novel akan bergantung kepada Segala Kos Penerbitan , saya berharap dalam bulan Mei kita akan tahulah.

6) Pelbagai cabaran dan keputus-asaan yang saya alami... saya harap kali ini akan berjaya.

Terima kasih kepada semua pembaca yang selama ini mengemail/meng-PM saya di FB/meninggalkan komen di blog ini dan kerana andalah saya terus teruja untuk menghabiskan menulis novel IK. Saya berharap kamurang akan terus ingin membaca karya saya ini hahahaa.... sila tunaikan impian saya untuk novel ini berupaya menjadi novel yang boleh diterbitkan. Lantaran itu saudara dan saudari, sila isi butiran anda di borang free yang diberi oleh google untuk saya boleh mengagak mampukah saya membayar editor saya untuk mengedit manuskrip ini hahahaha....

Borang free hadiah dari google adalah seperti dibawah...

Kotohuadan kumaa diozu ngaavi :)



No comments:

Post a Comment