Wednesday, April 1, 2015

Payungkan Hujan Di Hatiku :: Bab 3

Hai hai somua... apa khabar kamurang?
OK memandangkan saya baru bangkit dari kekecewaan masa silam, saya ingin menghadiahkan kamu Bab ketiga novel ini.

Saya terpaksa menukar tajuk novel baru ini sebab tajuk asal "Hujan Di Hati" sudah pernah diterbitkan oleh penulis lain, nda bagus curi tajuk orang lain kan? Walaupun saya tidak sengaja kerana saya tidak buat research tajuk terlebih dahulu.

Kepada semua pembaca tercinta, silakan jemput membaca jangan malu-malu okies?

___________________________

“SAMPAI hati dia buat kau macam ni!”
Diana terus teresak-esak menangis di sudut sofa, hatinya memang kecewa, hampa, remuk dan tidak tahu bagaimana hendak diperkatakan lagi. Teruk sungguh dia merasakan hidup dia, selama dia hidup, inilah masalah yang paling berat dipikulnya, dan dia tidak diberi pilihan untuk memilih, malah hukuman berat telah dijatuhkan kepadanya, perkahwinan selama lima tahun itu akhirnya tidak sempat menjadi pertaruhan, bahkan terus tersungkur di medan pertempuran yang dia sendiri tidak tahu bila bermulanya.
“Apa rancangan kau?” Fathia yang semakin berapi dadanya teramat geram dengan berita yang baru disampaikan oleh sepupunya itu. Taufik Idham tu sudah gila agaknya, suka hati tiada angina tiada ribut ajak isterinya bercerai macam tu sahaja.
Diana menggeleng-gelengkan kepalanya, apa lagi rancangan yang dia ada? Apa lagi pilihan yang harus dia buat? Taufik Idham telah pun membuat keputusan muktamad.
“Korang ada gaduh ke?” Fathia menyoal tidak ubah seperti seorang pegawai penyiasat polis.
Diana yang telah letih berfikir memaksa juga otaknya untuk bekerja dan mengingati salah faham yang pernah terjadi di antara mereka, memang dia tidak dapat mengagak yang mana satu. Adat perkahwinan memanglah ada perselisihan faham, tapi memang tiada yang serius.
Diana memandang lurus ke arah sepupunya sambil menggeleng lemah.
“Habis tu?” Fathia kian mendesak.
Diana terus menggelengkan kepalanya, sehelai tisu dicapai dari kotaknya dan hidungnya dihembus kasar. Naik merah hidungnya, makin sembap matanya. Simpati sungguh Fathia pada nasib sepupunya itu.
“Mak abah kau dah tahu ke?”
Diana tetap juga menggeleng.
“Keluarga mertua kau?”
Kali ini Diana sekadar mengangkat bahunya. Fathia merengus lemah, dia kemudian menghumbankan dirinya di samping Diana. Memeluk erat bahu sepupu yang sememangnya rapat dengannya semenjak kecil itu.
Diana memang buntu. Dia tidak mempunyai apa-apa pun untuk difikirkan, dia hanya terdetik menelefon Fathia selepas dua hari Taufik Idham melangkah keluar dari rumah mereka. Hanya kepada Fathia dia menangis dan merintih hiba.
Hampir gugur jantung Fathia mendengar perkhabaran dari sepupunya itu. Bukannya Taufik Idham begitu menggilai Diana suatu ketika dahulu? Dia masih ingat dengan jelas bagaimana Taufik Idham merayu kepadanya agar dia memujuk Diana untuk menerima lamarannya.
Arghh! Hati manusia memang cepat berubah, memang cepat lupakan diri apabila berada di kedudukan yang tertentu. Hati Fathia terus menggerutu geram. Dia menjeling ke arah Diana yang masih teresak-esak, sesekali Diana menghembus hidungnya, simpati terus merajai hati Fathia.
Kau memang tak sedar diuntung Taufik Idham!

NAIK lenguh kakinya.
Berjalan dari satu rak ke satu rak dia meneliti setiap helaian rekaan yang baru. Matanya seakan naik juling, jurujual yang kecil molek bernama Sarah itu tetap setia melayaninya. Maklumlah artis terkenal datang membeli-belah di butik mereka, sudah semestinya menjadi kebanggaan terutama sekali jurujual yang dipertanggungjawabkan untuk melayani.
“Kak Aida nampak lebih cantik di luar TV,” puji Sarah tidak habis-habis. Aida Yasmeen hanya tersenyum bangga. Walaupun dia seringkali mendengar pujian itu, tapi dia tidak pernah jemu untuk mendengarkannya buat kesekian kali.
“Akak kan selebriti Sarah, kenalah menjaga kecantikan, nanti tak cantik tak laku.” Aida melemparkan senyuman semanis mungkin. Senang hati Sarah mendengarkannya, peliknya dia tidak pun letih melayan kerenah Aida Yasmeen yang asyik keluar masuk bilik persalinan dari tadi, sudah hampir dua jam, baju yang dipilih baru ada beberapa helai. Selera fesyen selebriti terkenal Malaysia ini memang sangat tinggi, bisik Sarah di dalam hati.
“Yang ini memang padan dengan tubuh akak, warna pun sesuai sangat dengan kulit kak Aida yang putih melepak.”
Aida Yasmeen menggayakan gaun singkat paras lutut yang bewarna turquoise itu di hadapan cermin yang mempunyai ketinggian hampir lapan kaki itu, gaun yang tidak berlengan itu memang cantik, bahagian dada nampak seksi sedikit tapi itu memang fesyen kegemaran Aida Yasmeen, dia membayangkan menggayakan gaun tersebut di hadapan Taufik Idham, boleh meroyan lelaki itu dan pasti tidak sabar untuk menerkamnya.
Pasti lagi banyak duit yang dia akan ditabur ke atas aku, bisik hati wanita yang berjiwa materialistik itu. Bijak juga jurujual yang bernama Sarah itu, boleh jadi perunding imej, bisik hatinya lagi.
“Akak nak yang ini juga ok!” Sarah menyambut kata-kata Aida Yasmeen dengan anggukan yang sungguh-sungguh, kegembiraan terpancar di wajahnya, otaknya pasti mencongak jumlah komisen yang bakal diperolehnya, duga hati Aida Yasmeen. Haih, siapalah yang sanggup mengatakan tidak kepada wang ringgit.
Dia masuk kembali ke dalam bilik persalinan untuk menukar pakaiannya, tidak sabar untuk berjumpa dengan Taufik Idham, lelaki itu asyik menelefonnya sepanjang hari, rindukan dirinya, rindukan senyumannya, dan semestinya rindukan kehangatan tubuhnya.
Selesai membuat pembayaran, Aida Yasmeen sempat lagi bergambar dan menandatangi autograf khas untuk Sarah yang membantunya pada hari itu, gembira bukan kepalang gadis jurjual itu, sudahlah dapat bergambar dan autograf dengan selebriti terkenal tanahair itu, hasil komisen yang diperoleh dari pembelian Aida Yasmeen turut menggembirakan hatinya.
Tanpa berlengah, Aida Yasmeen terus mengatur langkah keluar dari kompleks membeli belah itu, puas hatinya dapat menghabiskan wang pemberian kekasihnya petang itu. Seperti biasa dia memarkirkan keretanya di Valet Parking, hatinya juga tidak sabar untuk bertemu dengan kekasih barunya, Taufik Idham.

MALAM itu Aida Yasmeen terus mengenakan gaun singkat paras lutut, tidak berlengan yang bewarna turquoise itu. Bangga betul dia kerana memiliki sepotong badan langsing dengan pinggang yang ramping, rambutnya yang ikal panjang mencecah pinggang diwarnakan dengan warna blonde dan solekan tebal di wajah, sentiasa menaikkan seri wajahnya.
Siapa tidak kenal pada Aida Yasmeen, selebriti terkemuka tanah air yang membintangi beberapa filem box office di Malaysia. Menjadi buruan para VVIP dan beberapa orang telah menjadi mangsanya, Aida Yasmeen hanya berminat pada wang ringgit mereka, lagi pula hampir kesemua mereka telah beristeri dan hanya mahu berseronok dengannya.
Perbuatannya yang kerap menukar teman lelaki dari golongan VVIP sukar dicium oleh wartawan kerana mereka hanya bertemu dan memadu kasih di tempat-tempat yang esklusif. Tempat yang telah ditempah khas dan tidak boleh dimasuki oleh sebarang orang, itu kalau di Malaysia, belum lagi di luar negara. Aida Yasmeen sememangnya seorang wanita yang sangat materialistic, latar belakangnya sebagai gadis kampung yang hidup susah banyak mendorongnya untuk meneruskan aktiviti sampingan demi wang ringgit yang menjadi kegilaannya.
Nasibnya agak baik kali ini kerana berjaya menakluki hati seorang ahli perniagaan korporat yang berusia lewat 30-an, masih kacak, bergaya dan yang paling memuaskan dia adalah aksi di ranjang lelaki itu yang sentiasa memuaskan nafsunya.
Aida Yasmeen tersenyum, kali ini dia serius untuk berkahwin dengan Taufik Idham kerana lelaki itu mempunyai personaliti dan kedudukan kewangan yang amat stabil sekali. Perniagaan import eksport yang diusahakan oleh Taufik Idham memberikan pulangan yang sungguh lumayan dan dia bangga menjadi teman wanita Taufik Idham.
Dia berjaya menghasut lelaki yang semakin tergila-gilakan dirinya itu untuk menceraikan isterinya, kerana dia tidak mahu menjadi isteri kedua. Dia mahu lelaki itu menjadi miliknya mutlak.
Aida Yasmeen membelek wajahnya sekali lagi, dia kembali tersenyum, buat kesekian kalinya, lelaki itu pasti akan tumpas seperti malam-malam sebelumnya. Hubungan terlarang mereka memang tidak ubah seperti suami isteri, Aida Yasmeen tidak kisah kerana sudah lali dengan corak kehidupan sedemikian, asalkan tidak dihidu oleh pihak wartawan dan tiada bukti kukuh, dia sudah berpuas hati.
Perjumpaan sulitnya dengan Taufik Idham biasanya berlangsung di hotel-hotel terkemuka, pandai sungguh mereka menempah hotel tersebut dan selalunya berakhir dengan mereka melampiaskan nafsu mereka. Aida Yasmeen memang tidak pernah kisah.
Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya, Aida Yasmeen terus menyambar beg tangan berjenama di atas katil miliknya. Telefon bimbitnya berbunyi secara tiba-tiba, ada pesanan yang masuk.
Sayang, I dah sampai kat hotel.
Bibir Aida Yasmeen tersenyum culas, jantan yang seorang ini memang tidak sabar untuk menemuinya. Jari jemari runcing milik Aida Yasmeen terus menari-nari di atas permukaan telefon bimbitnya.
OK sayang, tunggu kejap, I masih kat rumah and guess what?
What?
I ada surprise...
Really? Tak sabarnya…
Sabarlah sayang.
Jangan lambat, I rindu you…
Me too…
Dah nak keluar rumah ke?
Yup!
OK, take care sayang, drive safely!
Aida Yasmeen tersenyum lagi, dia memang sengaja tidak membenarkan Taufik Idham untuk datang ke rumahnya, dia lagi selesa untuk bertemu di kelab-kelab esklusif atau hotel-hotel terkemuka sebab dia perlu menghindarkan aktivitinya daripada dihidu oleh pihak wartawan dan para peminatnya.
Aida Yasmeen mahukan namanya terus mekar dan bersih dari sebarang gosip liar. Dia perlu utamakan kariernya juga, sebab kehidupan glamour memang sesuatu yang amat menyeronokkan buatnya.
Aida Yasmeen telah menyumbatkan dirinya ke dalam kereta Audinya, kereta yang dibelikan oleh Datuk Malik  dua tahun lepas tapi pembelian di atas namanya, kini Datuk Malik telah pun meninggalkan dirinya setelah mendapati dia mempunyai hubungan dengan Tan Sri Leong, Datuk Malik tidak berani berbuat apa-apa kerana Tan Sri Leong seorang tycoon yang disegani ramai, Aida Yasmeen memang bijak mengatur langkahnya, dia belum pernah lagi tersilap langkah. Itulah kebijaksanaannya di dalam mempergunakan lelaki-lelaki yang berharta.
Status, rupa dan umur mereka memang tidak pernah dia ambil tahu, wang ringgit mengaburi matanya, dia hanya mahukan kesenangan hidup. Tapi bukan dengan Taufik Idham, lelaki segak itu harus tidak dilepaskan seperti lelaki-lelaki yang sebelumnya.
Taufik Idham boleh digunakan untuk menutup segala episod kejalangannya, sudah tiba masanya untuk dia mendirikan rumahtangga juga, asalkan Taufik Idham sanggup menceraikan Diana isterinya.
Diana, walaupun kau tidak bersalah, tapi kau gagal untuk melahirkan zuriat untuk suami kau, satu kekurangan besar bagi kau, dan satu kelebihan yang mantap untuk aku merampas suami kau, opss! Bukan rampas, tapi laki kau tu pun memang tergila-gilakan aku.
Bibir merah menyala Aida Yasmeen terus menguntum senyum yang penuh kepuasan, tanpa secalit pun rasa bersalah.
[Bersambung bah nanti....]


___________________________

Cerita ni sandi sikit kisahnya... diharap semua terhibur dan nantikan bab akan datang!
Sudah siap...
Minggu depan!!

7 comments:

  1. Best2...geram pulak dgn si pisau cukur tu.....nk lggggggg....tq vel.

    Lm xdgr khabar Habibah.apa khabar agaknya?hehe...rindu si bibah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Amie.... jangan geram sangat.... masa menulis saya sendiri geram... haha

      Delete
  2. wahh bestlah.. baru prasan ada cerita baru pula..cepat update ah, hehe..
    Congrats juga dapat bb baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Ish... siok ada bb baru bah :)

      Delete
  3. hai vel....tahniah diatas kelahiran charlize....being waiting for a new novel from you quiet sometime....still waiting for full version of Bibah's story & can't wait for may to come....TQ again...

    ReplyDelete
  4. hai vel....tahniah diatas kelahiran charlize....being waiting for a new novel from you quiet sometime....still waiting for full version of Bibah's story & can't wait for may to come....TQ again...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Suezana :)
      Lagilah kesibukan melanda... IK belum lahir... Charlize dah lahir hahaha

      Delete