Thursday, May 7, 2015

suratan kehidupan

Saya sudah habis pantang. Paling BEST ialah bila kena kerja balik.... uihhh teruja betul *temberang* Sudah sebulan lebih pun saya kembali ke opis... punyalah tidak best meninggalkan baby sekecil dua bulan di nursery... sedih. Tapi apakan daya, perlu kembali berkhidmat demi sesuap nasi dan secangkir air hehehee.

 Bulan pertama balik bekerja selepas habis berpantang memang kelam kabut.
Nasib baiklah nursery kakak boleh menerima kehadiran si adik, kalau tidak lagilah kelam kabut mencari penjaga. Memang susah untuk mencari penjaga yang betul-betul boleh dipercayai, nursery kakak OK sebab kakak di sana sejak berusia 2 bulan... so far dia membesar dan membulat dengan sihat hehehee...

Entri ini memang bercampur aduk. Sekarang ni pun mommy tengah emergency leave sebab kakak kurang sihat. Last week kakak diserang viral fever, minggu ni pulak timbul segala rashes di badan, suspected due to allergy of medication, could be the antibiotic tu lah.

 Kakak yang terdampar sakit, kesian kakak, excited mau pigi sikul tapi malangnya demam lagi berkuasa.


Kakak jarang jatuh sakit, tapi ini kalilah... Makan pun kurang selera, sekali tengah malam dia minta KFC & fries, koreklah aisbok cari apa yang sewaktu dengannya.

Home made KFC & fries.

OK cerita lain pulak.

Mommy charm2 ada hobi baru hahaha.
Ledakan kesan GST memang turut memberi kesan betul, ada baby baru lagi kos hidup memang terasa meningkat. Jadi saya pun buat business sampingan hahaha... novel ndak siap sepenuhnya lagi sibuk buat benda lain hehehe... sorry readers, sabar ya for Bibah. 

Memborong towel.

Packing towel2 yang diorder oleh pelanggan hehehe....

 Towel2 yang siap untuk dipos ke seberang laut.

 Hasil jualan minggu pertama, charm2 request untuk makan Sakae Sushi hahaha... 

 Towel lagi.

 Charm2 dapat mainan baru lagi. hasil jualan towel jugak.

 2 kotak towel yang sedia dipos. Thank you for the order guys.

Ini mainan2 charm2 yang terkumpul di dalam stor. Memang kerja gila kan. Ingat mo derma tapi ndak tau di mana. Any idea?

Kepada readers yang berminat, sila klik gambar2 tower di sebelah kanan blog ini, macam2 ada, harga pun amat berpatutan. Cuma RM18 sehelai, jadi sokonglah business kecil-kecilan ku ini ok.

OK cerita lain lagi.

Penangan GST memang terasa kan?
Bagi kami memang sangat2 terasa, sebab itu antara langkah penjimatan ialah masak sendiri saja di rumah. Beli bahan, masak.

 Menu simple anak beranak hehe... telur goreng goyang tu yang paling sedap dan susah dimasak hahaha.

Terkejut masa timbang sayur ni, memang berbaloi sangat daripada minta masak di kedai makan. Kan? Bah pigilah beli dan masak sendiri hehehe...

OK last update.

Budak ni semakin membesar dan membesar, sudah pandai membebel pun.

CAKKK baby!

Best ada anak kecik, macam mainan pun ada hehehe...

OK sekian laporan terkini, jumpa lagi di episod akan datang.
Babai.


1 comment:

  1. Tahniah vel...patut lama menyepi....kesian charm2...tetap cute walaupun skt...hehe...semoga cpt sembuh...

    ReplyDelete